WANITA UMNO , JAMBANG DAN PENUNGGANG MOTOSIKAL MALANG | KISAH BENAR

Posted in 02 December, 2011
by wan_cikgumuzik

Kisah nih berlaku time aku pegi ke PWTC semalam.. Wah wah wah... dapat gi kl free woo.. Hahahaaha.. Sape tak nak kan?? Semuanya FOC belaka... Puak2 pembangkang pon ada yang pi.. Pegi sekadar nak jalan2 Dan shopping jerr kat dalam kawasan PWTC tuu... Meriah beb...!! Bukan nak masuk dewan dan dengar hujahan2 ahli politik pon.. Sama la ngan aku.. Tak de laa nk dengar sangat ngomelan ahli2 politik tuhh.. Ok ok.. Ada kisah tergempar yg aku nk kongsi kat sini tentang wanita UMNO nihh.. Kita berbalik pada tajuk utama entri nih ok..
Kisah nih berlaku dalam satu perjalanan sekumpulan wanita UMNO dari utara untuk ke PWTC bagi menghadiri mesyuarat Agung UMNO yang aku pegi semalam... Sebuah bas membawa seramai 37 org wanita UMNO.. Semuanya makcik2 belaka.. Xde awek pon dalam bas tuhh.. Hihhihihhi... Aku plak naik bas yang satu lagi bersama2 ngan kumpulan puteri UMNO.. Hehehehe... Awek2 belaka woooo.....


Dalam perjalanan ketika bas melepasi RNR Bukit Gantang arah selatan, Seorang makcik mengadu nak terkucil (nak terkencing laa tuhh) Dia mengadu kat drebar bas.. Tapi memandangkan time tuu bas sedang berada di kawasan sebelum memasuki terowong yang dekat nak sampai Ipoh tuhh.. Memang bahaya lah kalau berenti Dan drebar bas tuu pon tan nak lah hentikan bas tuu.. lagipon, takkan laa nak soh makcik tuu buang air kecil kat tepi jalan plak kan?? 
Oleh kerana driver bas tuu kesiankan makcik tuu, dia suruh laa makcik tuu buang air kecil melalui pintu kecemasan.. "Makcik bukak laa sikit pintu kecemasan kat belakang tuu.. Pastu pancut jerr kat celah pintu tuu" Dengan nada bergurau.. Tanpa membuang masa, makcik tersebut betul2 buat apa yang dicadangkan oleh pemandu bas tuhh disebabkan tahap terkucil beliau dah sampai ke kemuncak... Tak sangka plak makcik tu buat betul2 apa yang diguraukan oleh drebar bas td tuu kan??


Tanpa makcik tuu sedari dan tidak disengajakan, Air kencing makcik tuu tertempias dan terkena muka seorang penunggang motosikal yang kebetulan berada di tepi bahagian belakang bas tersebut.. Penunggang motosikal tuu ponn apa lagi.. Panas hati lahh beliau bila terasa ada air yang terkena muka beliau.. Siap termasuk dalam mulut lagi tuhh... So, penunggang motosikal pon kejar lah bas tuu sehingga sampai ke hentian sebelah RNR Tapah..
Sebaik saja bas berhenti kat hentian sebelah RNR tapah, Penunggang motosikal tadi terus meluru masuk ke dalam bas dan menengking "SAPE YANG MELUDAH SAMPAI TERKENA MUKA SAYA TADI HAH???" Semua penumpang bas terpinga2 Termasuk lah dirver bas tuhh.. Jadi untuk cover line, Makcik yang buang air kecil tadi Berasa bertanggungjawab dan segera mengangkat tangan mengaku demi nak cover line yang beliau dah kantoi buang air kecil.. Dalam hati makcik tuu berkata " nasib baik dia ingat aku hanya meludah..."


Penunggang motosikal tuu sekali lagi menengking.. " JANGAN NAK BOHONG AKU, AKU NAMPAK LELAKI YANG MELUDAH TADI SBB AKU TERNAMPAK JAMBANG KAT PINTU KECEMASAN TADI..!! MAKNANYA BUKAN KEJE ORG PEREMPUAN..!!" Kih kih kih... Maka terkantoi lah jugak makcik tadi tuu Walaupon makcik tuu tak mengaku sampai ke sudah.. Namun peristiwa tu berakhir mcm tu jerr setelah penunggang motosikal tuu memberi sedikit leteran Kat dalam bas tuhh... Namun beliau masih tak tahu yg terkena muka dia tadi bukannya air ludah, tapi air kencing makcik tuu.. Kih kih kih... Naya kan?? Nasib baik JAMBANG menjadi penyelamat makcik tuu kan?? kah kah kah kah...!!
Sekian sahaja cerita rekaan aku di mana cerita2 mcm nih akan dapat didengari setiap kali ada Perhimpunan Agung UMNO kat PWTC tuhh.. Dah lama aku dengar cite nihh,.. Saje jerr nk cite kat sini sambil2 aku syer beberapa keping gambar yg aku amik semlm sebelom aku kehabisan bateri nset.. Siot tol sempat ambik 5 keping gambar jerr.. bateri nset plak abis.. Hihihihi..


Semoga korang terhibur ngan cerita karut nihh.. Mintak maaf sbb cerita di atas melampaui sensitiviti minda korang yang bersih.. Walau apa pun, anggap jerr itu semua hanya sekadar hiburan.. 


Sekian terima kasih...


JOM LIKE FB FAN PAGE AKU JOM...!!