Korang tahu tak apa yang terjadi sekiranya kilang lynas beroperasi nanti?? Kita tak payah cite lah pasal radioaktif laa.. Apa kaa sebab yang tuu aku akan ulas dalam entri yang akan datang.. Untuk entri niih, Aku nak cite pasal kenapa diujudkan kilang lynas di malaysia.. Mesti Ada sebabnya kan?? So, mai kita mulakan dengan gambar di bawah...
Di atas antara kegunaan dan hasil daripada kilang lynas di malaysia. Banyak bahan mentah untuk menghasilkan alatan2 di atas diproses di malaysia. Maka selepas kilang lynas siap, maka bahan-bahan mentah tak perlu lagi kita import dari luar dan pastinya menjimatkan kos pengeluaran bagi membina sesuatu barangan. Pergerakan wang keluar dari Malaysia juga akan berkurangan.
Dari sudut ekonomi, Sangat bagus apabila wang yang mengalir keluar ke luar negara dikurangkan kerana bahan mentah sudah sedia ada di Malaysia, Dan yang untungnya, bahan yang dihasilkan oleh kilang Lynas pastinya akan dibeli oleh negara-negara luar dan aliran wang masuk ke malaysia akan meningkat.
Dengan tertubuhnya kilang lynas, sudah pasti akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan dianggarkan seramai 2,000 orang akan diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan. (sila rujuk gambar di atas)
Lagi Keuntungan yang akan diperolehi ialah banyak kilang-kilang yang menggunakan produk lynas akan ditubuhkan di Malaysia dan anggaran pelaburan adalah sebanyak RM500 juta. Peluang pekerjaan juga akan meningkat dari jawatan yang terendah sehinggalah yang tertinggi.
Sekian dahulu untuk kali ini.. Nantikan entri aku berkaitan ISU LYNAS DI MALAYSIA pada entri akan datang.. Insyaalah aku akan huraikan sedikit demi sedikit kekusutan berkaitan lynas di Malaysia.
LIKE OUR FACEBOOK FANPAGE NOW..!!
TAGS : KESAN LYNAS MALAYSIA, KESAN RADIASI LYNAS DI MALAYSIA, KESAN LYNAS TERHADAP BUMI MALAYSIA, ISU LYNAS, KILANG LYNAS, LOKASI KILANG LYNAS, KENAPA LYNAS BAHAYA, FAKTOR TENTANG LYNAS, CERITA TENTANG LYNAS, APA ITU LYNAS, APAKAH LYNAS, HENTIKAN LYNAS, KLIANG LYNAS DI PAHANG,



di gebeng boh
ReplyDeletebukan Ganu :)
lokasi silap tu bro...hahahah
ReplyDelete