Pages

26 March, 2012

RIBUT DI PERLIS 2012 | LEBIH 20 RUMAH ROSAK

RIBUT DI PERLIS 2012 | LEBIH 20 RUMAH ROSAK Lebih 20 buah rumah rosak terutama pada bahagian bumbung dalam kejadian ribut yang melanda sekitar bandar Kangar hari ini. Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika hujan lebat.


GAMBAR HIASAN
Antara lokasi terjejas ialah Kampung Bakau dan Taman Hijrah di sini, namun JKM masih menjalankan bancian dan nilai kerugian belum diketahui setakat ini. Turut mengalami kerosakan ialah gerai-gerai makanan yang turut terbalik akibat angin kencang manakala beberapa batang pokok turut tumbang.
Anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masih bertungkus lumus mengalihkan pokok-pokok yang tumbang berhampiran jalan raya terutama berhampiran Padang Bandaran di sini. Akibat kejadian itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memotong sementara bekalan elektrik di kawasan terbabit demi keselamatan orang ramai. – Kosmo
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!

3 comments:

  1. Ribut semalam antara yang paling dasyhat. Rumah saya pun kena. Habih tumbang pokok kemboja saya...

    ReplyDelete
  2. salam, mohon saudara saudari masuk ke web islahperlis untuk tahu kenapa tiba-tiba boleh datangnya ribut. selamat menyelidik.

    ReplyDelete

PERHATIAN..!!

Semua komen yang ada berikan adalah tanggungjawab anda sendiri.. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya komen anda menjadi kontrovesi atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

-tak semua komen akan dibalas-