Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kedua-dua suspek bersama seorang lagi rakan mereka, menahan kereta yang dilarikan itu berhampiran pusat beli-belah Bandar Utama Center Point dengan menyamar sebagai anggota polis sebelum menarik keluar pemandu dan melarikan kereta berkenaan ke lokasi mereka ditembak mati.
“Sepasukan empat pegawai dan anggota polis menaiki kereta peronda melalui kawasan berkenaan sebelum terserempak dengan kedua-dua suspek di kawasan sunyi dalam keadaan mencurigakan.
“Ketika polis menghampiri mereka, seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan mengenai cermin depan kereta peronda dan polis terpaksa membalas tembakan.
“Suspek berusia 39 dan 37 tahun mati di tempat kejadian dan pemeriksaan menemui sepucuk pistol, sebilah parang dan pisau,” katanya ditemui di lokasi kejadian.
Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek dari Ampang, Selangor dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu, mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.
sumber : hmetro.com.my

No comments:
Post a Comment
PERHATIAN..!!
Semua komen yang ada berikan adalah tanggungjawab anda sendiri.. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya komen anda menjadi kontrovesi atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.
-tak semua komen akan dibalas-