Majlis yang dihadiri seramai 370 tetamu sangat meriah dan diserikan lagi dengan tetamu-tetamu VIP yang hadir. Pelbagai acara telah diatur seperti pertandingan gusti lengan, pertandingan 'wood ball' dan acara sukaneka untuk kanak-kanak yang hadir. Para tetamu VIP juga tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan yang telah diatur.
Semangat kepimpinan Ahli Parlimen dan Yang Berhormat ADUN sangat memberi kesan kepada penduduk kampung apabila turut menyertai pertandingan gusti lengan yang sememangnya menghiburkan para tetamu yang hadir.
Dalam ucapan Ahli Parlimen Dato' Seri Mohd Radzi, Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan majlis Sembang Belia tersebut. Ahli Parlimen juga memberi pesanan supaya para belia agar sentiasa mendengar cakap ibu bapa. Semua ibu bapa harus menjaga anak-anak sehabis baik kerana anak-anak adalah pelaburan masa hadapan.
Dato, Seri Mohd Radzi juga sentiasa membantu belia-belia Kuala Perlis dengan memberi peruntukan khas sebanyak RM500 kepada belia-belia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Instutusi Pengajian Tinggi. Kepimpinan dan kerja sama yang hebat oleh Yang Berhormat ADUN Membuatkan segala perancangan yang dibuat berjalan lancar.
Majlis Program Sembang belia diakhiri dengan acara penyampaian hadiah sembangan Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Belia Negeri perlis. - SUMBER
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
No comments:
Post a Comment
PERHATIAN..!!
Semua komen yang ada berikan adalah tanggungjawab anda sendiri.. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya komen anda menjadi kontrovesi atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.
-tak semua komen akan dibalas-