SEJAK seorang ADUN di Johor membangkitkan persoalan sama ada UMNO negeri tersebut perlu menerajui perlaksanaan hudud di negara ini, media PAS, blogger PAS dan segala yang hamPAS-hamPAS berlumba-lumba menarik cerita tersebut untuk disensasikan.
Malah ada yang dari kalangan yang rosak otak ini, memasukkan komen mengenai hal yang sama di dalam artikel dengan tajuk yang lain di dalam laman ini pun. Menunjukkan kesungguhan mereka mensensasikan isu ini untuk tujuan-tujuan yang akan diceritakan dibawah.
Sebelum itu, penulis suka nak menyebutkan disini yang penulis ada alasan sendiri disebalik cadangan oleh ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat itu, tapi untuk hari ini, bukan itu isunya tapi isu lain yang masih lagi berkaitan.
Penulis sebenarnya lebih berminat untuk mempersoalkan tindakan PAS dan para hamPASnya mensensasikan soal hudud ini, dikala dunia pun tahu PAS telah menolak hudud demi menghalalkan hubungannya dengan DAP. Dalam erti kata lain, PAS meninggalkan hudud untuk membolehkannya bersama-sama DAP.
Jadi apa yang PAS kecoh sangat dengan cadangan ADUN UMNO itu? Sehinggakan penulis terbaca, ada beberapa orang dari kalangan pemimpin PAS yang bersedia nak membantu kerajaan Johor melaksanakan hudud!! Nak tergelak pun ada tengok permainan politik masing-masing.
Tergelak sebab, dia jadi betul-betul ‘membantu’ kalau PAS sendiri dah laksanakan hudud, ini dah lebih 20 tahun perintah Kelantan, 5 tahun perintah Terengganu dan tempoh yang hampir sama di Kedah, apa bayang hudud pun tidak ada, melainkan draf.
Draf itupun hanya wujud di Kelantan dan Terenganu, di Kedah tidak ada draf, menyebut hal tersebut juga tidak pernah.
PAS terbukti berjaya dengan modal hudud selama ini. Itulah pun modal untuk menang di Kelantan 1990 dulu dan mempertahankannya sehingga sekarang. Begitu juga ketika menawan Terengganu pada 1999 (sebelum hilang pada 2004), guna modal hudud juga.
Cuma demi masa depan yang kononnya gemilang setelah PRU 2008, PAS ubah dan buang soal hudud itu demi membantu Anwar menaikkan nama Pakatan Rakyat – bermodalkan kelebihan PAS memerintah 2 negeri walaupun di peringkat Parlimen, PAS yang paling sikit sekali kerusinya.
Pengesahannya pada Jun tahun sudah bila Hadi sendiri mengumumkan hala tuju baru PAS dari negara Islam dan hudud kepada negara berkebajikan. Tapi keputusan ini (walaupun diluluskan Muktamar), tidak diterima secara baik oleh ahli PAS di bawah-bawah ini.
Depa tak sebut saja sebab tumpuannya untuk tawan Putrajaya dulu, selepas dari itu barulah nak bertekak ke, nak berparang.
Sebab itu secara asasnya kita lihat masih ada kalangan ahli PAS peringkat bawahan bercakap tentang hudud walaupun perkara itu telah di’sejarah’kan oleh Hadi Awang. Lagipun kenapa tidak? Modal itu terbukti menguntungkan apa.
Dan kini, peluang terhidang di Johor, dilaksanakan sepenuhnya oleh PAS untuk tujuan sensasi politik. Penulis berani berkata begitu kerana, masuk akalkah PAS yang buang hudud macam buang sampah tahun sudah, tetiba nak bantu UMNO laksana hudud di Johor?
Pulak tu, soal untuk laksanakan hudud bukan keputusan rasmi UMNO pun, sebaliknya cadangan yang dibangkitkan oleh seorang ADUN sahaja, tapi dari cara sensasi berita, seolah itu keputusan rasmi UMNO.
Itu yang mencetuskan persoalan kenapa PAS bersungguh benar dengan cadangan mengenai hudud seperti dibangkitkan ADUN UMNO tersebut dikala dia sendiri pun tak laksanakan hudud di negeri yang dia perintah?
Penulis melihatnya begini. tujuan PAS mensensasikan isu ini ke tahap terhebat ialah kerana diakhirnya nanti PAS nak menggunakan modal lama UMNO TOLAK HUDUD (orang Islam) dan UMNO nak laksanakan hudud (orang cina). Ini akan menguntungkan PAS, lebih lagi di Johor yang punya banyak kawasan melayu dan bukan melayu yang rapat.
Fasa pertama, ia disensasikan ke tahap ’dewa’ bagi nampak real dan selepas dari ini PAS akan manipulasi pandangan dari pemimpin cina dari MCA dan Gerakan mengenai cadangan ini (yang kita sudah tahu apa jawapan). Selepas dari itu ia menjadi isu politik dengan sendirinya.
Percayalah, penyudahnya akan jadi ke situ.
Kesimpulannya, ingatlah, tidak ada apa yang baik disebalik tindakan PAS mensensasikan cadangan seorang ADUN UMNO di Johor ini, walaupun isunya berkaitan Islam. Semuanya dibuat dengan niat jahat, untuk membangkitkan perasaan marah dan benci orang Islam dan bukan Islam kepada UMNO
Harapnya, UMNO dan pemimpin cina BN tidak termakan dengan umpan PAS, lebih lagi Tan Sri Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Chua Soi Lek yang diketahui gemar beri pandangan radikal mengenai hudud – tanpa menyedari itu hanya perangkap yang di pasang PAS.
Sedarlah, PAS ni jahat, maklumlah, setan kawannya. peliwat ketuanya. undi tuhannya. -SUMBER
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
No comments:
Post a Comment
PERHATIAN..!!
Semua komen yang ada berikan adalah tanggungjawab anda sendiri.. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya komen anda menjadi kontrovesi atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.
-tak semua komen akan dibalas-