Pages

22 July, 2012

TIPS UNTUK JADI KONDUKTOR ORKESTRA - DATO' MOKHZANI ISMAIL

TIPS UNTUK JADI KONDUKTOR ORKESTRA -  DATO'  MOKHZANI ISMAILTips bagi konduktor- nak bagi lebih2 saya tak pakar dalam kondukting cuma belajar salah sebuah matapelajaran dulu.: Pengkhusuan saya masa pelajar ialah piano dan gubahan . @ kena Apapun setakat nak share berdasarkan pengalaman oklah


Konduktor kena pandai baca skor. lagi bagus kalau konduktor boleh buat arrangement. Sebenarnya ada kondutor dia pakar dalam bidang kondukting tapi tidak belajar buat arrangement. Kebiasaannya classical konduktor lagu klasik mana ada nak betulkan note. Takda maknanya nak tukarkan Stravinsky punya note kerana kononya nak bagi play out sikit sesuai dgn zaman . Mau kena hentak dgn tubalah Ha ha. .Cuma dalam kontek klasik, konduktor akan tunjuk cara orkestra mainkan piece itu. Sebab tu dia ada visiting konduktor yang akan konduk berbagai lagu klasik mcm di MPO . Setiap konduktor mcm artislah dia ada gaya sendiri memimpin orkestra klasik. Sebab tu konduktor klasik layanan di VVIP.

Balik kepada konduktor lagu-lagu pop kerja kita double dan tekanannya lagi banyak. Sebab kena cek skor. Bermacam2 skor .Apatah lagi kalau penggubah baru yang buat seolah-olah seumur hidup sekali tu akan buat arrangement. Penggubah yang bijak Ada part susah ada part release dll .Sebab tu kena ingat dlm konsert , kena agak2 kita mungkin buat satu lagu tapi pemuzik 15 lagu kena main jadi perlu konsentrasi kena agak agaklah.

Dulu lain lagi orkestra tak main tak dapat nak cek skor.skang ni lagi senanglah nak cek note melalui sibelius Cash on Delivery cuma walau boleh dgr semula untuk guide sahaja. Yg betulnya bila orkestra main live.Kdg arangement betul main tak betul , main betul aransemen tak betul.aranggement susah band tak bagus, aransemen senang band bagus dan mcm2 lah yang saya dah jumpa.

Walau sibelius tu akan main semua note yg kita tulis kena pike2lah buat gubahan - the actual timbre instrumentation, character dia lain. kalau dulu lagi tulisan muzik adalah seni, Tulisan Dato JO, Gus Steyn, Alfonso, Ooi Eow Jin Ruslan Imam, Jimmy Ali, saya dapat teka. Kdg kalau kita keluarkan dari library tengok tulisan mesti agak aransemen mesti OK. Tengok tulisan kenal orangnya. Sekarang ni semua sama. Sebelius atau Finale. Cuma dulu copyst ken apindahkan parts dari gubahan. Kalau gubahan tulisan cantik OK kalau gubahan note A dgn B pun nampak mcm sama, berat skitlah. Copyst pulak mcm Zainal Abidin, JS Hamzah, Zainon, Azmi, Ismail Manaf dll memang terkenal dgn tulisan yg cantik 

Balik pada topik konduktor apabila aransemen selsai maka buatla homework. Setengah org suka jadi konduktor kerana glamor. Tapi kalau dia tak mampu cek skor maka janganlah lantik dia semata2 kerana dia baik dan tak suka marah .Ada musician suka konduktor yg baik2 yg kayuh je,Bunyi ABC dia peduli apa Ini cukup tak elok untukpeningkatan orkestra. Ada konduktor dia guna psikologi tackle pemain. “”Kau main bagus, kau tak main lagi bagus’” he he.
Yg paling best dapat aransemen bagus, pemuzik first class dan konduktor bagus maka hebatlah jadinya. Tapi kalau aransemen teruk konduktorpun main kayoh je maka jadilah orkestra B.C.M (bukan Berklee College Music tapi Band Cina Mati. Maaf ya bukan buat lawak, betul apa Cina meninggal dia pakai band tapi bayar pakai kilometer sebab tu jarang dpt pemuzik bagus jadi kita dibayar dgn performancenya kenalah tip top lebih baik dari BCM). Lebih baik dari band sarkis. Kerana kalau tak dapat bunyi trumpet yang sesuai gajah atau harimau tak akan keluar.

Balik pada konduktor , perlu diulang lagi mereka kena buat homework awal.chek skor. Dengarkan tempo, dengarkan character gubahan.walaupun skor telah dikaji tapi kdg kena betulkan chord. Ini perlu dibuat atau kalau tak mcmmana ditulis mcmtulah akan dimainkan. Kalau dapat musican yg cerdik dia akan bantu kita dalam bebrapa segi.

Kalau di RTM terkenal dgn potong skor. Maka dalam skor tu arrow dia mengalahkan Robin Hood. Kerana kdg skor 5 minit nak dipendekkan. Macam2lah. Konduktor kena berhadapan dgn situasi ini. Begitu juga key kenalah betul2 cari dulu. Kalau perlu buatlah 5 sharp. kalau tak perlu jadikan C major je…Kdg masa prektis lagu banyak flat atau sharp masa prektis OK tapi bila dimainkan dalam konsert konsentrasi akan hilang, percayalah dgn intonationnya tak betul kalau ilang konsentrasi.

Pokoknya jadi konduktor jiwa kena tenang walau dalam hati duq dak duq dak tapi buatlah muka selamba.Supaya oang tak tau kita takut.Bila takut lupa tempo lupa cue. Kota dah tak boleh kontrol keadaan.Konduktor dan pemian drum adalah tenaga penting yg akan jaga tempo supaya sentiasa constant sepanjang show. Kdg kita guna metronome , ini sgtlah digalakkan. Byk drummer yg suka lari tempo dan orkestra pasti goyang.
Pokoknya jadi konduktor yg paling penting telinga kena ajaib sikitlah. Dapat pin point sapa tiup salah. Itu sebabnya masa rehearsal kena concentrate. Kdg konduktor tak hadir di masa reherasal disuhnya orang lain. Ini tak bagus. Apabila kita dipodium konduktor bertanggungjawab pada keseluruhan lagu yg dimainkan. Kalau ada kecacatan kita tak boleh dah nak salahkan ohhh ini bukan aransemen saya ini si Mamat tu..Si Ah chong punya..masa rehearsal tulah kena betulkan sebetul2nya. 

Yang plaing baik penyanyi atau pemuzik tak komplen. Stengah penyanyi contohnya SHIMA. Atau Datuk S Aini .walau dia tak baca skor tapi punya telinga yang amat tajam. Dia tahu chord apa yang tinggal dan kita kena terima teguran kdg2 yg membina even dari penyanyi atau hanya pemain tabla . Kdg penyanyi banyak juga yang kurang pendengaran. Kita bagi cuepun dia takdpt nak agak key dan banyak yang saya jumpa bagus di album saja.(tak perlu buka pekung)

Konduktor juga kena Paham voicing. kang musican tanya tak reti nak jawab. Masa saya konduk MPO yg main violin A cakap note dia E Flat tapi note Violin 2 D. dah minor 2nd. Dia kata salah.ehh Saya cakap korang dgr note org sebelah je, konduktor dgr as a whole. 

Selalu kita praktis dgn muzik dulu satu hari baru lah panggil penyanyi. Konduktor juga perlu buat perancangan jadual. Satu lagu berapa lama nak tumpu. Bila ada penyanyi kita kena buat jadual supaya mereka tahu time mana nak prektis.Masa tak terbuang 

Satu lagi kena bgtau arranger aransemen kena ada rehearsal letter. Sebab masa rehearsal kita senang berkomunikasi dgn oemuzik. Satu lagi kalaulah masa show penyanyi salah. Jadi konduktor hanya bagitau orkestra perlu lompat dekat mana2 rehearsal letter. Kalau tak ke laut semua perginya. Akhrnya Codapun tak jumpa. Begitu juga di piano skor perlu sangat ada melodi guide . Kdg tak bole janji. Time dia nak jadi. Penyanyi lupa lagu dia sendiri jadi tugas pemain piano mengingatkan.Bukan ..ahh mampuslah engkau…kerana salah penynayi atau orkestra maka show tu buang duit buang tenaga.

Pada hari rehersal kena cekap kendalikan rehearsal. Jgn buang masa rehearse . MESTI jalan seluruh skor dulu sampai habis dapatkan feel dan musician sight read. Jangan stopkkan tgh main - musician tak suka. Dah habis barulah try part yg susah dan terangkan part mana yg perlu emphasis dan suruh ahli muzik bawak pen atau konduktor beli sebeban pensil 2B. hadiah kat ahli muzik. 

Sebenarnya kalau kena dgn orkestra amatur banyak benda nak kena jaga. Apapun sesuaikan skor penggubah dgn orkestra yg nak dimain. Tak guna tulis standard Duke Ellington sedangkan yang nak main tu Brass Band Sekolah Kubang Badak (contohlah..)

kalau konduk jazz punya concert banyak kerja lagi. Masa pemain solo kena peka, kena tau mana dia main sebenarnya kdg dia lompat ke mana2 letter yg dia nak, dia akan cue tapi kdg cue dia tak clear.maka kita kena berjaga2. Kdg kalau penyanyi atau soloist tak masuk tangungjawab konduktor nak menentukan apa tindakan. Oihh banyak kerja tu..
Pengalaman konduk MPO dgn Chris Botti adalah yang terbaik dalam sejarah saya. 

Yelah saya dapat prektis dgn MPO 2 kali tapi tanpa penyanyi, Chris Botti dan pemuziknya. Sayapun tak tau apa kejadian akan berlaku. Apatah lagi Chris sampai KL lewat. Jam 3.30 ke 4.45pm tak sampai 2 jam prektis.Malam terus show. Dpt prektis opening closing dan tengah2. Penyanyi dia tak dtg. Jadi anda tahulah saya malam tu menanggung azab. Malah Dato Mukhriz Tun Mahathir salah seorang penonton berkata, I don’t believe thay you didn’t prectice with him. Saya cakap Ya Datuk. That’s what jazz is all about. Anything can happen on stage tapi kalau main 5 oranglah kalau dah 80 piece..cari nahas sebenarnya.

MPO memang profesional tapi tak krang dgn ORTM atau OSK cuma kalau boleh diterapkan sedikit ke orkestra kita iaitu sebelum konduktor muncul tunekan alatan dahulu. Cuma ini jarang berlaku, konduktor di orkestra kita kdg tidak begitu dihormati tapi kdg2 konduktor sendiripun tidak berpgethauna tinggi dan kdg pemuziknya lagi hebat.
Saya tak mahu membuat perbandingan antara MPO dan ORTM. Bagi Orkestra RTM punya cara bekerja yg berbeza. Kalau di MPO orkestranya - kalau korang nak tengok mai la beli tiket datanglah sedangkan ORTM adalah hak masyarakat. Orkestra No 1 pilihan Rakyat. Bertugas di bawah Broadcasting department. Kami keluar temui rakyat menyediakan satu konsett eksklusif secara percuma.

Kita tidak punya mahligai seindah Dewan Philharmonik atai Istana Budaya. Selain Aud Perdana, ‘feelharmonik’kita iallah stadium badminton Dewan kampung, tinggal belum perform kat dewan madrasah saja. Apapun the Art of Orchestra Performance di ORTM memang sangat unik.

saya rasa tidak pernah berlaku pada orkestra lain mungkin ada tapi tak sekerap kita. Bayangkan Konsert ORTM di adakan di Dewan Orang Ramai di Perlis atau di tepi tasik Putrajaya masa Simfoni Putrajaya . Orang tengok indah di TV. Behind the scene di lokasi sebenarnya Dalam masa 10 hari bekerja tung tang tung tang.didirikan pentas , pasang lampu, pasang barang. Cukup 3 hari sebelum hari konsert orkestra ,masuk dan tersedia di depan 15 ke 18 lagu yang beranika jenis dari Seri Manjung ke April in Spain dari Bunga Tanjung ke Take the A Train….

konduktor punya tugas yang teramat berat di depan mata. Menyelesaikan kesemua muzik, hadapi pemuzik betulkan pemuzik .gubahan beranika corak. Karenah penyanyi.penyanyi latar dll , Sebab tu Orkestra RTM kena ada yg terbaik supaya tak perlu lagi masa habis dgn nak mengajar value note. 

Time tu baru nak ajar chord C7 8 Sharp 11 memang cari penyakit. Mcmmana nak baca triplet itu semua sepatutnya dah khatam. Apapun konduktor ORTM yang ditugaskan untuk konsert sebegini, kalau chek BP sah masuk wad. Jadi dinasihatkan mereka yang ada sejarah jantung jauhikan lah konduk Orkestra RTM kerana setakat yang kita lalu jarang2 arrangemennya siap on time. Panas2 lagi part baru keluar komputer. Itulah cabaran, itulah yang mendewasakan kami, seninya Orkestra RTM… SUMBER

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
  

1 comment:

  1. perghhh tips konduktor okestra pun kau share :) mcam2 ada :P

    ReplyDelete

PERHATIAN..!!

Semua komen yang ada berikan adalah tanggungjawab anda sendiri.. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya komen anda menjadi kontrovesi atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

-tak semua komen akan dibalas-