Pages

04 November, 2012

Astro Fiesta Mesra Belia Pekan Gamatkan Dataran River Front


PEKAN, 3 November 2012 - Kira-kira 6,000 orang penonton hadir bagi memeriahkan program Astro Fiesta Mesra Belia yang berlangsung di Dataran River Front, Pekan. Program ini telah dibawakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Penganjur utama program ini ialah Astro dan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.


Program Astro Fiesta  ini mendapat sokongan penuh dari barisan kepimpinan tempatan iaitu YB Dato' Haji Ishak bin Muhamad, Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap Timbalan Ketua UMNO Pekan, YB Ibrahim bin Awang Ismail, ADUN Peramu Jaya, dan UMNO Bahagian Pekan.

Suasana disini digamatkan dengan lawak santai dari kumpulan KALAM Raja Lawak  yang sememangnya sangat menghiburkan dan setiap bicara mereka menggeletek hati para penonton. Astro Fiesta Mesra Belia juga turut dimeriahkan oleh artis undangan seperti Bagio Damasutra, Aishah AF, Nash, Ain AF, Black dan Awie.

Selain itu, suasana persekitaran turut dihidupkan dengan gerai-gerai jualan dan pameran yang yang boleh diibaratkan tumbuh melata. Salah seorang pengunjung yang hadir, Encik Subri bin Mokhtar, 32, berkata, program ini sangat sempoi  dan beliau berharap agar pihak Astro dapat mengadakan lagi program-program seperti ini pada masa-masa akan datang.

Beliau juga berharap agar program ini dapat memberi input yang berguna terutama sekali buat para belia. Pihak Kementerian Belia Sukan harus memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti yang melibatkan para belia terutama sekali dengan melibatkan mereka dengan aktiviti yang boleh menjana pemikiran minda yang kritis sekiranya mahu menyaksikan transformasi yang bakal mereka bawakan. Sudah tentulah perkara ini dapat dicapai sekiranya para belia ini diberi peluang untuk meledakkan idea dan pemikiran mereka.

Justeru, pihak Kementerian Belia dan Sukan haruslah mengambil langkah yang sewajarnya supaya seiring dengan arus kemodenan masa kini. Perkara ini tidak sukar kerana muda-mudi pada masa kini lebih terbuka untuk menerima pendapat dan nasihat. Usah biarkan para belia tanpa pimpinan, kerana mereka ibarat kapal layar yang mampu tersalah arah sekiranya tiada pengemudi yang berwibawa yang sanggup bersusah payah demi mencapai matlamat dan tujuan yang betul.


LIKE FAN PAGE AKU KALAU SUDI....



1 comment:

  1. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete

PERHATIAN..!!

Semua komen yang ada berikan adalah tanggungjawab anda sendiri.. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya komen anda menjadi kontrovesi atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

-tak semua komen akan dibalas-