Portal The Malaysian Insider yang mengeluarkan artikel bertajuk "Petugas Dapat Bonus RM200 Juta, Kata Menteri" menimbulkan persepsi buruk kepada rakyat Malaysia. Oleh yang demkian, beberapa NGO di negeri Perlis membuat laporan Polis berikutan perkara tersebut.
Laporan polis yang dibuat adalah kerana Portal tersebut tidak memohon maaf terhadap kesalahan pada tajuk yang boleh menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap SPR kerana ianya adalah tidak benar walaupun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Yb Dato Seri Shahidan Bin Kassim telah pun membuat kenyataan media berkaitan dengan tajuk yang boleh menimbulkan persepsi buruk rakyat kepada SPR. ( Sila tujuk ARTIKEL INI)
"Walaupun saya telah mengeluarkan kenyataan bahawa perkataan 'bonus' kepada petugas SPR itu hanya satu pembohongan, tetapi pihak portal Malaysian Insider tidak meminta maaf"
Oleh yang demikian, Dato Seri Shahidan Kasim mewakili parti Barisan Nasional akan mengambil tindakan kerana perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana berita yang tersebar biarlah di atas kebenaran dan bukan pembohongan walaupun dengan hanya mengeluarkan tajuk artikel yang boleh menimbulkan persepsi kepada masyarakat.
Menurut Dato Seri Shahidan, Beliau akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya The Malaysian Insider tidak membuat permohonan maaf di atas kontrovesi tajuk artikel yang dikeluarkan. Ianya adalah untuk membuktikan bahawa kredebilti dan tanggungjawab media untuk memastikan segala yang disiarkan harus berupa fakta yang sebenar.
Ok lah... aku pun tanak lah ulas panjang2 apa yang berlaku malam tadi.. Korang boleh lah tgk video kenyataan Dato Seri Shahidan DI SINI dan fikirkan sejenak apa yang disampaikan oleh beliau tentang ketelusan orang2 media mengeluarkan kenyataan di media2 sosial ataupun media2 perdana... SAMAN TETAP SAMANNN..!! HIHIHI...
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
No comments:
Post a Comment
PERHATIAN..!!
Semua komen yang ada berikan adalah tanggungjawab anda sendiri.. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya komen anda menjadi kontrovesi atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.
-tak semua komen akan dibalas-