Sama sahaja ayat2 pejuang UMNO yang lain bila nak bertanding jawatan di kala tibanya musim pemilihan terbesar UMNO di Malaysia. Tetapi saya yakin bahawa setiap yang menawarkan diri untuk bertanding pasti ada perjuangan masing2.
Saya juga yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai AJK pemuda UMNO Bahagian Arau turut ada misi dan misi saya untuk masa depan UMNO dan masa depan anak cucu saya.. Insyaalah saya akan huraikan beberapa misi penting dalam perjuangan yang saya akan bawa dalam artikel/posting ini.
Setelah lebih dua penggal (lebih 10 tahun) saya memegang jawatan sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan RPA arau, Pelbagai perkara saya belajar dari UMNO dan banyak selok belok perjuangan UMNO yang saya dapat lihat. Ada pelbagai perkara yang PRO dan CONTRA nya.
Sehingga dua tahun kebelakangan ini, saya bergerak aktif dalam NGO belia di mana banyak aktiviti2 belia yang telah saya sertai. Saya juga merupakan salah seorang EXCO belia MAYC Negeri Perlis banyak menyertai dan bekerja untuk menjayakan aktiviti belia samada di peringkat antarabangsa dan di Malaysia.
Setelah Berpengalaman dalam dua perkara di atas, ianya membuatkan saya terpanggil untuk menawarkan diri sebagai calon AJK Pemuda UMNO bahagian Arau bagi meluaskan lagi skop perjuangan demi anak Melayu dan Islam. Masih ada perjuangan yang belum selesai demi anak bangsa.
Saya mempunyai beberapa misi sekiranya terpilih sebagai AJK pemuda Bahagian Arau kelak. Antara misi utama saya ialah menghidupkan semula beberapa pemuda cawangan UMNO yang dah mati di bahagian Arau dan menambah bilangan ahli pemuda UMNO di beberapa cawangan yang dikenalpasti tidak cukup korum untuk bermesyuarat.
Ini adalah penyakit utama pemuda UMNO bahagian arau yang perlu diselesaikan. Insyaallah saya dan beberapa rakan2 calon AJK pemuda UMNO Bahagian Arau akan bekerja keras untuk memastikan UMNO terus maju dan mengekalkan kepimpinan UMNO agar sentiasa utuh sampai bila-bila.. Kerja keras kami adalah untuk memastikan pembangkang tidak menganggap mereka mudah untuk menjatuhkan kerajaan UMNO BN.
Misi untuk memperkasakan UMNO juga merupakan salah satu perjuangan yang ingin saya bawa di dalam UMNO bahagian arau di mana saya akan memastikan semua org faham bagaimana hendak "memperkasakan UMNO". Saya menggunakan satu teori mudah untuk memperkasakan UMNO.. Perkasakan ahli-ahli UMNO mengikut organisasi jawatan UMNO dari yang tertinggi sehingga ke bawah.
Kerja sama berkumpulan dan perkasakan antara satu sama lain adalah penting demi kekuatan UMNO di bahagian arau. Jangan ada yang suka buat kerja ikut kepala sendiri tanpa meminta pandangan mereka yang di atas dan lebih berpengalaman. Ini lah teori mudah untuk memajukan UMNO di bahagian Arau. Perkasakan BOSS di atas, baru lah ada org yg di bawah akan perkasakan kita... Kerjasama itu yang dimaksudkan dalam teori mudah ini.
Alhamdulillah sya juga sangat berpengalaman dalam politik media sosial yang dilihat jelas telah dikuasai oleh pakatan pembangkang. Ini juga merupakan salah satu misi saya untuk berhadapan dengan pentaksub2 pembangkang di media sosial. Insyaallah saya ada perancangan yang mantap demi menangkis fitnah dan tomahan pembangkang di media sosial.
Setelah bekerja dalam bidang media lebih kurang satu tahun dan berhadapan dengan dunia maya hampir 5 tahun, saya sangat memahami perjuangan berdasarkan skop media sosial di Malaysia. Banyak yang perlu kita fikirkan bagaimana mahu menangkis sikap pembangkang yang lebih menyebarkan politik berbentuk persepsi berbanding fakta soheh di media sosial.
Di atas hanya beberapa perjuangan penting yang saya coretkan dan lebih banyak lagi gerak kerja yang ingin diceritakan. Jika nak tulis semua, 10 muka surat pun tak cukup. Harus diingat apa yang saya tulis hanya sedikit dan tumpuan saya hanya untuk perjuangan pemuda UMNO bagahagian arau sahaja.
Diharap saya mendapat sokongan rakan2 UMNO di bahagian arau demi perjuangan yang belum selesai. Kepada semua calon2 samada di peringkat bahagian atau pusat, saya ucapkan selamat bertanding dan elakkan perpecahan di dalam UMNO.. Ianya tidak membawa apa2 keuntungan dan bekerja lah dalam kumpulan untuk membentuk satu kekuatan..!!
P/s : rakan2 yang nk tolong saya berkempen, boleh share artikel ini untuk memperkanalkan saya kepada rakan2 anda.. Terima kasih kepada rakan2 yg telah memberi sokongan mantap kepada saya..! Jasa anda sangat dihargai..!
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
No comments:
Post a Comment
PERHATIAN..!!
Semua komen yang ada berikan adalah tanggungjawab anda sendiri.. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya komen anda menjadi kontrovesi atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.
-tak semua komen akan dibalas-