Pages

11 December, 2015

KEHIDUPAN BARU.. TAHUN BARU... AZAM BARU 2015

hallowww readers..!! Lama sungguh tak menulis di blog nih.. Bukak2 jerr bersawang habis.. kikikiki.. ok lah... Sebenarnya ada sesuatu yg aku nk bagitau nih... Agak penting jugak laa...

Sebenarnya aku just nk habaq aku dah berazam untuk tahun 2016 akan datang nih... Saja aku prepair azam baru aku siap2 supaya tahun 2016 segala azam aku akan terlaksana dengan lancar.. Apa azam aku?? huhuhuhu... Mesti ramai nak tahu kan?

Seperti manusia2 sejagat yg lain.. Semua mahukan satu perubahan yg positif untuk sebuah kehidupan kan?? Sama jugak dengan aku... Nak berubah jugak... Banyak juga benda yg aku kena ubah terutama cara hidup dan fokus terhadap benda apa yg aku nak buat.

pertamanya aku WAJIB bangun seawal pagi yang mungkin... dan dah lebih sebulan aku pratikkan.. Alhamdulillah berjaya... Kemudian fokus terhadap kerja yang aku sedang usahakan sekarang.. Kerja apa?? Biarlah rahsia dahulu walaupun ada sesetengah kawan2 yg dah tahu apa kerja yg aku tgh buat sekarang.. 

Owhh yaa... Pasal kehidupan politik aku??? Maybe aku terpaksa tinggalkan seketika utk aku fokus dengan tugasan aku sekarang.. Sama juga dengan persatuan belia.. Terpaksa aku lupakan seketika... Tapi walau bagaimana pun, aku tetap akan pantau segala pergerakan dan perkembangan dunia politik sebagai SILENT READER... 

Insyaallah dah tiba masanya utk aku bertukar from zero to heroo.. dah lama hidup dalam kesempitan.. Mengharap bantuan kawan2 dan kais pagi makan pagi.. Kais petang makan petang.. Kalau tak kais tak dapat makan..

Alhamdulilillah dengan bantuan kawan2.. Aku dah nekad untuk memulakan kehidupan baru dengan harapan yang baru.. Thanks kawan2 yang sentiasa menyokong aku dari belakang dan pegang tangan aku ketika aku sedang hanyut dibawa arus kelekaan.. 

Lepas ni maybe aku akan menulis lagi dalam blog ni.. Tetapi masih fikirkan kontent yang betul.. Mungkin kerja2 kebajikan.. Mungkin tentang life aku.. Mungkin tentang luahan perasaan... Teknik blog?? rasanya skang dah ramai pakar dan dalam blog aku pun dah berlambak teknik2 nak jadi blogger nih... 

Tunggu jer lah apa aku nak tulis lepas nih.. Sabar yerr.. okbai...

No comments:

Post a Comment

PERHATIAN..!!

Semua komen yang ada berikan adalah tanggungjawab anda sendiri.. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya komen anda menjadi kontrovesi atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

-tak semua komen akan dibalas-