Masih lagi ingin berbicara mengenai pertelagahan ahli-ahli UMNO yang bertelagah sesama parti. Walaupun ianya hanya minoriti di Malaysia, namun keburukannya teramat lah dapat dirasai oleh mereka yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung. Ini adalah kenyataanya yang berlaku di sesetengah tempat di Malaysia di mana kuasa, pangkat dan jawatan menjadi pertaruhan.
Kerana gilakan kuasa, maka pihak 'A' sanggup berbuat apa sahaja kepada pihak 'B' walaupun berada dalam satu bendera. Tidak molek rasanya berlaku pergelutan merebut kuasa dengan menggunakan politik kotor dengan menghentam sesama sendiri. Ianya hanya menjadi bahan tawa rakyat terutama sekali puak-puak pembangkang. Maka terserlahlah kebodohan orang-orang UMNO yang bertelagah sesama sendiri.
Selain daripada gilakan kuasa, kadang-kadang kita dapat lihat juga perkara ini berlaku kerana sikap mengampu pemimpin di mana dalam bahasa sedapnya "kaki bodek". Kenapa harus jadi pengampu sedangkan dalam perjuangan UMNO, tidak sepatutnya diamalkan sikap terlalu mengampu pemimpin. Tidak kisah jika mahu menghormati pemimpin, tetapi jangan sampai menampakkan yang anda memang kaki ampu.
Walaubagaimanapun, pergelutan dalam UMNO dilihat bagaikan 'carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga'. Namun, ada juga sebilangan kecil ahli UMNO yang terlalu agrasif menghentam sesama UMNO sehinggakan ada kes yang diceritakan berlaku pertikaman lidah dan hampir mencetuskan pergaduhan di dalam satu mesyuarat bahagian. Namun itu masih dipandang tidak sirius kerana tindakan tersebut hanya dilihat seperti tindakan kebudak-budakan.
Dapat kita lihat, selagi ada orang sebegini di dalam UMNO, maka keharmonian UMNO pasti akan tercemar. Walaupun dalam satu negeri hanya ada seorang sahaja kaki hentam dalam UMNO, itu adalah virus yang bakal merebak dan pastinya akan menjadi satu malapetaka sekiranya tidak dibendung dengan segera. Oleh itu, jangan biarkan ianya membusuk dan menjangkiti lebih ramai lagi ahli UMNO di Malaysia.
Jangan lah ada ahli UMNO yang memainkan peranan seolah-olah anda berada di pihak pembangkang. walaupun alasannya untuk 'check and balance', namun ianya tidak wajar dikompang sehingga ke pengetahuan umum. Selesaikan secara dalaman dan berhemah kerana sikap membuka pekung di dada bukan amalan UMNO selama ini.
Walau apa pun, sama-sama kita perangi ahli-ahli UMNO yang dilihat bagaikan pembangkang dalam parti sendiri. sikap menghentam sesama UMNO hanya memalukan UMNO itu sendiri. Hanya kerana gilakan pangkat, kuasa dan jawatan, mereka sanggup lakukan apa sahaja demi mengisi kantung sendiri. Jangan aibkan rakan seperjuangan kerana tak mustahil sikap anda menghentam sesama UMNO pasti akan disebut suatu hari kelak. Maka, di masa itu, tak mustahil akan ada orang lain pula yang akan mengaibkan anda.
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
No comments:
Post a Comment
PERHATIAN..!!
Semua komen yang ada berikan adalah tanggungjawab anda sendiri.. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya komen anda menjadi kontrovesi atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.
-tak semua komen akan dibalas-