Masih lagi cerita berkisar tentang perjuangan songsang orang-orang UMNO di Malaysia. Ramai yang sedia maklum sekiranya anda menceritakan masalah dalaman UMNO kepada umum, maka ianya saling tak tumpah seperti membogelkan maruah UMNO di khalayak ramai. Itu lah perkataan yang paling sesuai untuk dituju kerana maruah UMNO sangatlah tinggi nilainya.
Kepada sesetengah pihak yang sanggup maruah UMNO dijaja dan dihina oleh ahli UMNO sendiri, haruslah anda beringat bahawa maruah dan perjuangan dalam UMNO sangat tinggi nilainya. Jangan berfikiran sempit dengan merasakan politik anda hanya berada di tahap cawangan dan bahagian sedangkan tindakan anda kini sudah dihidu oleh kepimpinan tertinggi negara.
Sedih sekali pabila melihat ada pihak dalam UMNO yang bertindak seperti pembangkang tegar dalam parti UMNO sendiri. Tiada langsung perasaan malu kepada diri sendiri dan rakyat atas hasil membogelkan maruah parti keramat UMNO yang harus disanjung tinggi hanya kerana perasaan dengki kepada pihak yang ditentang di dalam parti.
Selalunya apa yang terjadi adalah kerana sikap agresif ahli-ahli UMNO yang hanya menyokong satu kepimpinan tanpa memikirkan maruah kepimpinan yang lain. Sikap pro kepada satu pihak selalunya yang menjadi akibat kisah hentam-menghentam sesama UMNO berlaku. Ini akan menimbulkan kesan yang negatif dan memalukan parti UMNO itu sendiri.
Kenapa anda hanya memikirkan salah orang lain sedangkan ada banyak lagi tugasan yang kita perlu selesaikan demi memajukan UMNO dan memartabatkan UMNO. Cuba kita fikirkan bagaimana hendak memajukan UMNO dan memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat. Tidak perlu lah kita menghentam sesama ahli secara umum. Tiada keuntungan yang terhasil untuk rakyat walaupun ada keuntungan kepada hanya satu individu sahaja.
Sedarlah wahai rakan-rakan seperjuangan. Sikap membogelkan maruah UMNO hanya memberi kesan yang negatif kepada anda kerana suatu hari nanti, pasti akan ada yang mengungkit semula tindakan bodoh anda membogelkan maruah UMNO. Pada masa itu, baru anda akan sedar bahawa tindakan anda di masa lalu hanya memberi kesan negatif kepada anda. oleh itu, kawal emosi dan kawal perbuatan sebelum anda bertindak membogelkan parti keramat UMNO yang harus anda sanjungi.
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
No comments:
Post a Comment
PERHATIAN..!!
Semua komen yang ada berikan adalah tanggungjawab anda sendiri.. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya komen anda menjadi kontrovesi atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.
-tak semua komen akan dibalas-