Pages

28 August, 2013

PANAS..!! Ahli Kumpulan ROAP Jangan Cepat Melatah Tentang Isu Politik

Berikutan penerbitan artikel aku yang lepas, [RUJUK SINI]  banyak jugak komen2 yang aku dapat di blog dan di facebook. Tidak ketinggalan jugak isu panas ini yang bergema lantang di dalam FB group ROAP itu sendiri.

Pertama sekali aku nk maklumkan bahawa aku adalah anak jati perlis dan lahir juga di perlis.. nombor ic tang tengah2 pon -09- okey... Jadi jangan mempersoalkan aku orang mana dah lepas nih okey.. Aku berhak menulis tentang ROAP memandangkan aku anak Perlis...

Berbalik kepada isu yang timbul semalam.. Aku bukan menentang kumpulan tersebut kerana aku dapati keharmonian ahli2 kumpulan dalam group tersebut jelas terpancar tanpa mengira fahaman politik. masing2 berada di situ atas satu sebab iaitu "AKU ANAK PERLIS" sahaja...

Namun begitu, kehangatan isu ini menjadi lebih hangat apabila ahli2 yang begitu panas hati mengenai isu ini terdiri dari kalangan penyokong pembangkang dan membawaa idialogi pembangkang dalam menepis isu. Jangan begitu kawan.. Walaupun aku nih penulis yang lebih pro kepada kerajaan, namun aku tak menentang group ini pun.. Aku hanya mengulas isu yang terjadi sahaja sebab aku rasa aku berhak untuk menulis..

Aku tidak nafikan bahawa pemimpin2 UMNO juga banyak yang menyertai kumpulan ini termasuk YAB Menteri Besar Perlis. Itu bukti group ROAP tiada kaitan dengan politik walaupun agenda sebenar masih dicurigai. Tak salah kot nk mencurigai kerana itu hak individu.. Walau macam mana pun, aku masih berpendapat "ahli politik tak perlu campur dalam kumpulan itu". 

Apa yang aku tulis dalam artikel aku yg lepas hanya sebuah cadangan marhain sahaja berkaitan isu yang timbul.. Itu sahaja.. adakah disebabkan mengulas penulisan blog angin perubahan itu bermakna aku menentang kumpulan ROAP?? Jangan pandai2 nak timbulkan persepsi sendiri hanya kerana aku penulis blog pro kerajaan.. 

Aku sendiri dah dapat penerangan dari Tok Ngulu berkaitan isu yang timbul dan aku dah pun kenai dengan account sebenar tok ngulu selaku tuan tanah kedaung group ROAP tuh.. So, aku bukan org yg hanya kutip fakta dari penulisan orang.. Aku jenis yang nak pastikan isu yg dibangkitkan adalah benar atau tidak.. Sebab tuu aku siasat betoi2 ttg isu ini...

Ada jugak yang membangkitkan tentan isu perkataan "REPUBLIC" yang terdapat pada nama kumpulan tersebut, namun segalanya dah terurai apabila admin group itu dah pun jawab dalam satu dokumen yang ditinggalkan khas untuk ahli kumpulan tersebut [RUJUK SINI]. Harap isu perkataan "REPUBLIC" tidak timbul lagi kerana ianya digunakan untuk "anak perlis" dan bukan untuk "negeri Perlis".

Aku berharap pengikut2 ROAP jangan terlalu menggelabah dengan kritikan atau penulisan di blog2 kerana itu adala sesuatu yang positif pabila kumpulan anda sudah mendapat perhatian dari blogger2 termasuk aku sendiri. Jangan bertelagah benda yang tak membawa faedah.. Kalau anda di jalan yang benar, buat apa nk kelupoq?? Buat rilek sudah lah...

Aku harap, ini penulisan terakhir aku berkaitan isu politik dan ROAP nih.. Bukan apa... Aku nampak positifnya di group itu adalah apabila semua org boleh sembang mcm adik beradik.. lupa terus fahaman politik.. Cuma aku berharap tiada agenda rahsia penubuhan kumpulan ini kerana kami sebagai blogger sentiasa memerhatikan kumpulan ini.

ok geng..!! Aku harap hangpa semua faham dengan penulisan aku.. Kalau tak faham, ulang baca banyak2 kali sikit.. opsss... Ada yg dakwa aku tulis isu ROAP ni kerana nak trafic utk blog aku.. Sorry bro... Penulisan terakhir aku pada 10 julai 2013.. kalau aku gila trafic, aku akan up story dalam blog mcm hang yang tiap2 hari update sbb gila trafic dan bubuh link iklan kalau nk pi ke blog hang.. Tuu zaman aku budak2 dulu kot.. hahahaha..


LIKE FAN PAGE AKU KALAU SUDI....

No comments:

Post a Comment

PERHATIAN..!!

Semua komen yang ada berikan adalah tanggungjawab anda sendiri.. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya komen anda menjadi kontrovesi atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

-tak semua komen akan dibalas-