Semua rakyat Perlis pasti kenal dengan dua muka yang top meletop nih kan.. Aku jugak tidak ketinggalan sentiasa menilai mereka yang menjadi calon untuk ketua pemuda bahagian Arau untuk penggal yang baru nih. Banyak perkara yang aku nilai dari sekecil2 kuman sehingga lah sebesar2 KLCC..
Namun begitu, penilaian aku adalah rahsia aku.. Jangan siapa2 berani untuk membuat apa2 andaian di atas penilaian aku ok.. Tapi aku nk beri jugak lah sedikit pendapat mengenai apa yang berlaku di bahagian Arau dan sejarah Pemuda UMNO bahagian arau berkaitan dengan pemilihan yang akan datang.
Ingat kembali kisah Ketua Pemuda UMNO bahagian Arau Dato Rozabil yang juga merupakan bendahari Pemuda UMNO pusat. Perhatikan kualiti kerja Beliau pada penggal yang lepas.. Anda yang harus menilai semuanya.. Walau bagaimana pun, penilaian aku terhadap Dato Rozabil adalah rahsia aku..
Adakah sejarah akan berulang apabila selesainya pemilihan Ketua Pemuda Bahagian Arau yang baru nih?? Jadi kita cuba berbalik kepada gerak kerja kedua2 calon baru yang boleh dikatakan mempunyai kehebatan masing-masing. Tidak dinafikan kedua-duanya mempunyai jiwa pemimpin dan berjuang untuk UMNO... Itu adalah Wajib..!!
Tetapi adakah mereka benar2 boleh memikul tanggungjawab sebagai Ketua pada penggal akan datang?? Pasti ada yang sudah mendapat jawapan apabila kita sudah nampak perjuangan dan kerja2 yang telah mereka lakukan di bahagian Arau pada penggal lepas dan kebelakangan ini..
Berbalik kepada kedua-dua calon ini, anda juga harus menilai siapa di belakang mereka (pemimpin atasan) dan siapa pemimpin atasan yang kuat dan berpengaruh di Perlis.. Itu juga harus dinilai dan harus diingat, kekuatan sayap2 adalah bergantung kepada siapa yang menjadi ketua kepada sayap.. Baru boleh bekerjasama dengan baik untuk masa depan Pemuda UMNO bahagian Arau.
Satu lagi aku nk bagi tahu, Calon untuk ketua pemuda UMNO arau bukan dua orang nih saja.. Mungkin akan ada perlawanan 3 atau 4 penjuru.. Maka pecahan undi akan berlaku di situ.. Dan apabila berlaku pecahan undi, sudah pasti undi untuk ketua pemuda Arau menjadi kecil. Walau apa pun, calon ke tiga dan keempat masih menjadi bayang2 dan belum muncul sepenuhnya lagi...
Cuba fikirkan, jika jumlah undi menjadi kecil, antara dua calon meletop ini, siapa yang akan mendapat lebihan undi...? Pasti kita tidak dapat menjangkakan siapa pemenangnya kan??
Walau bagaimana pun, aku pasti kedua-dua calon kini sedang bekerja keras untuk memastikan perwakilan memilih mereka.. Ada yang masuk keluar kampung dan ada juga yang guna kempen manager.. Tapi harus diingat, Satu cawangan hanya boleh beri 5 undi sahaja kepada seorang calon... Haaa... Larat ker nk loby ke semua cawangan yang ada di bahagian arau di mana calon sendiri pun tak tahu siapa perwakilan yang akan dihantar oleh cawangan nanti.
Apa2 pun, sama2 kita fikir2kan siapa yang sesuai dan terbaik untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO bahagian Arau nanti.. Sama2 kita menilai dari sudut politik dan gerak kerja yang telah dibuat.. Dan kepada semua calon2, selamat bertanding...
p/s : Ada gosip2 mengatakan aku akan bertanding kerusi AJK Pemuda bahagian Arau... betol ker?? kikikikiki.. Tungguuuuu,,,!!
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
Bukan dengar kata tapi confirm dah penulis artikel ni turut bertanding dalam AJK Bahagian hihi ini bukan khabar angin tapi kenyataan .. apa pun aku menyokong penuh perjuangan UMNO ...
ReplyDeleteHang bodo piang mcm anjing tak layak
ReplyDelete