Negara digemparkan dengan penemuan seekor naga berwarna putih yg tampak real dan menjadi perbualan hangat di kedai kopi pak saleh dan kedai kopi pak leman..
Begitu juga perbualan hangat turut didendangkan di kopitiam2 dan warung2 patani di seluruh negara.. Masing2 ada pendapat masing2 dengan debat yg hebat seperti persidangan di Parlimen.
Segala cerita dongeng dan tahyul dibualkan termasuk abg2 lebai yang lepak di hadapan surau selepas solat maghrib sementara menanti solat isya.
Akhirnya misteri penemuan seekor naga yang didakwa telah dijumpai di negeri Johor telah pun terbongkar. Ada sumber mengatakan gambar tersebut dimuatnaik dari sebuah laman web dari negara cina dan dikongsikan di laman sosial fesbuk..
Hakikatnya rakyat Malaysia memang suka cerita yang sensasi dan meletop.. tak kira lah apa cerita sekali pun.. semua nak share dan sebarkan tanpa mengetahui perkara sebenar.. hakikatnya akan ada kebenaran yg muncul di akhir cerita..
Teknik ini lah yang diamalkan oleh penggiat media sosial pembangkang.. apa jua cerita termasuk pembohongan akan disebarkan sesungguh2nya tanpa mengetahui kebenaran cerita tersebut.. oleh itu.. jangan percaya 100% apa yang anda jumpa di laman sosial.. anggaplah semuanya dusta belaka.. sekian..
Macam hal.
ReplyDelete