FOREX HARAM UNTUK ORANG ISLAM | MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Posted in 18 February, 2012
by wan_cikgumuzik

gambar ehsan www.ammboi.com
FOREX HARAM UNTUK ORANG ISLAM | MAJLIS FATWA KEBANGSAAN | Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan sistem tukaran wang asing menerusi internet adalah haram untuk disertai umat Islam. Pengerusinya, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, menerusi perbincangan antara ahli jawatankuasa fatwa didapati urus niaga berkenaan tidak memenuhi syariah.
Menurutnya, setakat ini ditetapkan ia adalah haram kerana banyak perkara yang meragukan dan syariah tidak membenarkannya.
“Saya menyeru kepada umat Islam supaya tidak perlu menyertainya perniagaan Forex ini sehingga sekarang ia adalah haram. Urus niaga perseorangan secara internet menerusi orang tengah ini adalah haram disebabkan dalam jual beli ini tidak ada kontrak secara jelas,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau juga memberitahu, individu yang menyertainya juga boleh terdedah kepada untung dan rugi yang tidak menentu. Katanya, pertukaran menerusi bank dengan bank secara rasmi adalah halal untuk disertai dan umat Islam digalakkan untuk menyertainya. Dalam pada itu, beliau berkata masih ada yang tidak berpuas hati walaupun pihaknya memutuskan pelaburan menerusi Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Kita membuat kajian dan pihak bank juga memberikan penjelasan yang meyakinkan di samping penambahbaikan mengikut sistem mudarabah. Majlis Fatwa Kebangsaan juga turut berpuas hati dan tidak meragui sistem terbabit dan pelabur harus mendapat pulangan seperti diterima sekarang,” katanya. – Petikan : Sinar Harian Online




LIKE FB FANPAGE AKU JOM..!!