iklan berbayar peniaga dari Malaysia sokonglah mereka..!! JOM TERJAH BLOG MEREKA..!!

Promo Blog
Promo Blog

ENTRI TERKINI BLOG ABGTEROR

JAWATAN KOSONG POLIS PDRM 2012 | PERMOHONAN ONLINE | BORANG ONLINE

Posted in 18 May, 2012
by wan_cikgumuzik

JAWATAN KOSONG POLIS PDRM 2012 | PERMOHONAN ONLINE | BORANG ONLINE | Salam... saja jaa kali nih aku nak syer pasal jawatan kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) ngan korang nihh... Jawatan kosong yang dibuka ini untuk tahun 2012 punya.. jom kita tengok apa yang menariknya tentang jawatan kosong polis nihh...


Jobs Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 102,037 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.





Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

PDRM kini mempelawa mereka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)

KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON.

Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i)

yang boleh diperolehi melalui pautan ini :



JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
    

Read more

GAMBAR PASAR BORONG KANGAR TERBAKAR 18 MEI 2012

Posted in
by wan_cikgumuzik

GAMBAR PASAR BORONG KANGAR TERBAKAR 18 MEI 2012 | Satu kebakaran besar telah berlaku di Pasar Borong Kangar di mana telah memusnahkan ke semua gerai-gerai jualan yang terdapat di pasar borong. Kejadian berlaku lebih kurang jam 3.30 pagi tadi. Kebakaran yang berlaku di pasar borong berjaya dipadam dalam masa 3 jam oleh pasukan bomba yang datang dari balai sekitar perlis. 


lagi gambar di bawah
Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. Namun hasil temubual aku dengan salah seorang peniaga pasar borong, beliau menyatakan beliau kerugian hampir RM6,000 kerana tiada barangan, wang atau dokumen2 yang dapat diselamatkan kerana mendapat berita kebakaran pada jam 4.30 pagi tadi..


So, jom kita layan beberapa keping gambar kebakaran kat pasar borong kangar yang aku snap pagi2 buta tadi.. 


















Hanya itu jerr gambar yang aku nk kongsikan walupun aku snap banyak... hehehhe.. malas nk bubuh watermark banyak2.. err.. sapa2 yg rasa nk amik gambar aku yg tadak watermark.. sila laa bayar yer.. dan kalau nk amik gambar kebakaran kat pasar borong kangar nih, jangan segan silu lahhh nk letakkan sumber gambar yerr.. lalalalla..



JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
   

Read more

PAPA GOMO VS UNIT MEDIA BARU UMNO UMB

Posted in 14 May, 2012
by wan_cikgumuzik

PAPA GOMO VS UNIT MEDIA BARU UMNO UMB | Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan salam satu Malaysia.. Kancah politik di alam cyber membuatkan aku terpanggil untuk menulis entri ini.. Kiranya ianya menampakkan seperti pergaduhan sesama sendiri di dalam satu parti politik setelah keujudan cybertroopers pembangkang yang tumbuh bagaikan cendawan. Tak kurang juga dengan penulis-penulis blog pro kerajaan.

Isunya di sini hanya kerana JUMLAH LIKE dan JUMLAH DISLIKE yang terdapat pada satu video yang dikeluarkan di youtube. Agenda sebenar perbalahan sesama blogger antara papa gomo dan blogger2 UMB masih samar2 dan masih tidak tapat diketahui. Niat papa gomo menghentam UMB masih juga tidak jelas dan sudah pasti ada perkara yang tersirat papa gomo menulis sedemikian pada artikel beliau bertajuk Cybertroopers UMNO Gagal, Syabas Buat Jentera Pembangkang.




Isunya hanya cybertroopers pembangkang yang setiap seorang mempunyai hampir 30 account dan hanya ditugaskan untuk memicit icon dislike pada video2 pro kerajaan di youtube dan ianya memberikan kesan yang sangat maksima apabila banyak video2 pro kerajaan memaparkan jumlah dislike yang banyak seperti contoh video di atas.
Papa gomo merungut kerana Unit Media Baru UMNO (UMB) tidak mampu hendak menandingi cybertrooper yang ditubuhkan oleh pembangkang di bawah naungan BLOGGER JINGGA 13 yang sentiasa menyebarkan berita yang palsu dan penuh dengan fitnah... Mereka juga penulis blog dan pelayar laman youtube yang sentiasa menjalankan tugas memicit butang DISLIKE pada video pro kerajaan.


Rasanya isu ini kecik sahaja dan tak perlu difikirkan sangat sebab hakikatnya, nisbah 1:30 account youtube bukan lah masalah yang besar... Penulis2 UMB tidak perlu meniru teknik kotor Pembangkang yang mcm tuu kan?? Tak perlu nak bukak account youtube banyak2.. Hakikatnya kita tahu yg UMNO sangat kuat.. Lebih baik kita hanya menulis dan terus menulis dengan menyebarkan berita benar berpandukan fakta.. Itu yang rakyat perlukan...


Mungkin sikap terlalu telus UMB menyebabkan jumlah like tak sebanyak seperti yang dilakukan oleh mediatroopers pembangkang pada video2 pro kerajaan.. Tak perlu lah nak bermain politik kotor kerana setiap perkara yang busuk, pasti dapat dihidu oleh rakyat. UMB hanya perlu perjuangkan apa yang patut jerr.. jangan cemarkan nama hanya kerana nak banyak jumlah like pada video jerr..


Kepada papa gomo, artikel ini bukan untuk menghentam anda seperti sesetengah blogger pro kerajaan yang lain, entri ini hanya luahan pendapat aku jer... sorry papa gomo.. jangan lerr hentam UMB lebih2 yerr sbb kita UMNO tak main cara kotor.. sekian....



JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
   

Read more

DEKWAN HERO PERLIS SELAMAT DUA NYAWA AKAN TERIMA ANGUERAH YAYASAN POK KASSIM

Posted in
by wan_cikgumuzik

DEKWAN HERO PERLIS SELAMAT DUA NYAWA AKAN TERIMA ANGUERAH YAYASAN POK KASSIM | Pauh 4 Mei - "Saya akan berikan Anugerah Yayasan Pok Kassim (YPK) kepada dekwan yang menjadi 'hero' kerana sanggup bekorban nyawa demi menyelamatkan dua nyawa yang terperangkap di dalam sebuah kereta perdana selepas terhumban ke dalam sungai". Begitu lah salah satu pengumuman yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim dalam satu Program Gerakan Mesra Pemimpin Bersama Masyarakat di Pekan Pauh Perlis.

Dekwan telah diishtiharkan sebagai 'Hero Perlis' oleh YB Dato' seri  Shahidan Bin Kassim. Beliau memberikan pujian kepada dekwan kerana sikap tanggungjawab seorang insan yang sanggup bekorban nyawa demi menyelamatkan dua nyawa yang hampir mati lemas. Begitulah keberanian seorang belia di Perlis yang perlu dicontohi oleh semua belia-belia yang lain. 
Dekwan yang juga cucu kepada bekas Ahli Parlimen dan bekas Speaker DUN Perlis, Allahyarham Dato Shaari Jusoh mewarisi sikap bertanggungjawab arwah datuk beliau yag satu ketika dahulu merupakan seorang pemimpin UMNO yang hebat di Perlis. 'Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi', begitulah ungkapan yang perlu disebut sebgai sombolik kekuatan yang dimiliki dekwan.


Tahniah diucapkan kepada belia berani yang digelar 'Hero Perlis' kerana demi nyawa orang lain, anda sanggup korbankan nyawa anda sendiri. 



JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
   

Read more

ENTRI TERKINI BLOG WANCIKGUMUZIK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN BERBAYAR

nuff

Close

link pelangi

button follower

syer

stat tepi

lagi banyak yang menarik di sini FROM: OHBELOG & GENGCYBER..

entertainment

WAN_CIKGUMUZIK. Powered by Blogger.
Copyright 2011 @ wancikgumuzik