VIDEO BAYI BERSUJUD DI DALAM KANDUNGAN KETIKA AYAT AL-QURAN DIBACAKAN

Posted in 03 February, 2012
by wan_cikgumuzik

VIDEO BAYI BERSUJUD DI DALAM KANDUNGAN KETIKA AYAT AL-QURAN DIBACAKAN | Subhanallah.... begitu lah ajaibnya ciptaan Allah SWT.. Kejadian ini benar2 berlaku dan tiada penipuan.. Saksikanlah bagaimana seorang bayi di dalam rahim ibunya yang kebiasaannya tidak duduk diam secara tiba-tiba tenang dan bersujud sejurus didengarkan ayat suci Al-Quran Al-Karim sudah cukup untuk menyedarkan ramai umat Islam betapa hebatnya mukjizat yang diturunkan kepada Muhammad SAW. 


Rakaman video yang dimuat turun di laman Youtube itu jelas sekali mempamerkan keajaiban Kitabullah itu dan sememangnya fitrah manusia untuk tunduk kepada Allah serta firmanNya.


Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari juga menjelaskan bahawa setiap manusia itu dilahirkan di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa dan seterusnya terpulang kedua ibubapanya untuk ‘mewarnainya’.
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi,” (Riwayat Al-Bukhari).

Jelas sekali kebenaran riwayat para ulama yang berpendapat bahawa setiap insan sebelum lahir ke muka bumi ini sememangnya  sudah mengaku Allah SWT itu sebagai Tuhan sejak di alam roh (roohul mumayyiz) lagi.
Malah, diriwayatkan juga bahawa semua roh manusia telah berjanji kepada Allah Azza Wa Jalla untuk menyembahNya dan menjadi seorang hamba yang taat pada Tuhan mereka.

p/s : Kepada mereka yang sedang hamil, banyak2kan membaca Al-Quran dan perbanyakkan amalan...

JOM LIKE FB FANPAGE AKU  JOM..!!