Bahang pilihanraya semakin hampir dan pastinya parti parti politik akan memperhebatkan kempen mereka dalam menawan hati para pengundi. Baik tua, muda, miskin, kaya semuanya akan diraih simpati dari parti politik dalam memastikan parti mereka menang pada PRU 13 kelak yang dijangkakan pada bulan (Tanya Pak Jib) tahun 2012.
Apa yang nak perkatakan hari ini adalah mengenai kerja yang selama ini pimpinan Barisan Nasional lakukan. Apa yang pemimpin BN buat waktu ini dengan kuasa yang tidak cukup 2/3 dalam parlimen.
Barisan Nasional atau dulunya parti Perikatan telah menang pada tiap kali pilihanraya yang diadakan. Sepanjang Malaysia Merdeka BN lah yang menjadi Kerajaan dalam mentadbir serba serbi bagi membangunkan Malaysia ini. Pendek kata celik mata sahaja pemimpin BN memikirkan pekara yang perlu dibuat dalam menjaga rakyat Malaysia.
Sekarang ini kita sendiri boleh lihat bagaimana komitednya Najib Razak selaku Perdana Menteri turun ke padang dalam berjumpa dengan rakyat baik dibandar mahupun dipendalaman. Banyak Tranformasi yang dilakukan Najib Razak demi memastikan rakyat Malaysia sedar bahawa kerajaan BN terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat.
Belum ada lagi negara di Dunia yang memberikan subsidi kepada rakyatnya, tetapi tidak di Malaysia yang mana kita sendiri dapat lihat pelbagai jenis bentuk subsidi diberikan buat rakyat dalam memastikan rakyat mendapat hasil keuntungan dalam pentadbiran negara yang membangun dengan pesat ini.
Pemimpin BN yang lain baik Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Exco Negeri malah pemimpin UMNO, MCA, MIC dan lain lain berhempas pulas membawa masaalah rakyat ke peringkat pihak atasan dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan.
Lihat sahaja bagaimana tugas seorang ketua Bahagian yang ada dalam sesebuah parlimen. Orang selalu bercakap ketua Bahagian UMNO kerja nya relax dan banyak beri arahan semata mata. Walhal hakikatnya jauh berbeza dengan apa yang dilemparkan pembangkang.
Anak nak masuk Universiti, Nak bantuan buku sekolah, tak cukup duit nak bayar bil api, baju sekolah anak, duit tuisyen anak, bantuan beli dapur, bantuan perniagaan dan bermacam macam lagi bantuan demi bantuan yang diperlukan rakyat dalam sesebuah parlimen.
Pendek kata hidup sebagai ketua Bahagian ni tak sempat untuk berkempen ceramah siang dan malam dalam menerjah sepertimana yang pembangkang lakukan. Ini lah yang Gomo nak nyatakan hari ini mengenai tugas dan amalan pemimpin BN berbanding pemimpin Pembangkang.
Pemimpin BN
Bangun tidor fikir masaalah rakyat, cari jalan selesaikan masaalah rakyat. Urusan pejabat dalam membantu rakyat yang memerlukan masaalah. Bermacam macam pekara perlu dilakukan dalam memastikan setiap rakyat yang datang meminta pertolongan dibantu dalam memastikan pucuk pimpinan tidak menerima tempiasnya.
Pemimpin Pembangkang
Bangun tidor dah mula start sebar fitnah dan hentam kerajaan salah dan sebagainya. Apa sahaja yang dilakukan kerajaan pastinya akan cuba dicari kelemahan dan akan menghentam serta menjaja cerita tersebut sampai dibawa kedalam rumah ibadat dalam memburukkan Kerajaan BN.
Pemimpin BN
Jadi wakil rakyat memang memenatkan kerana banyak pekara terpaksa diharungi kerana amanah yang dipikul. Ditambah pula dengan BN selaku Kerajaan pusat yang pastinya banyak pekara perlu dilakukan dalam memastikan Kerajaan Pusat tidak dipersalahkan jika sesuatu pekara berlaku.
Pemimpin Pembangkang
Jadi wakil rakyat pembangkang cukup mudah dan senang kerana hanya perlu menabur fitnah dan memburukkan kerajaan. Jika ada rakyat yang minta bantuan itu ini pastinya disuruh pergi berjumpa pemimpin BN dalam kawasan tersebut atas alasan Bajet Kerajaan Pusat yang pegang. Mentaliti pemimpin pembangkang akan terus memburukkan setiap apa yang dilakukan kerajaan BN sampaikan Gula, beras habis dikedai pun yang akan disalahkan adalah Kerajaan Barisan Nasional.
Pemimpin BN
Setiap masa fikir dan cari jalan dalam membangunkan negara bagi memastikan negara membangun dan menjana ekonomi buat rakyat. Setiap plan dan projek yang dibangunkan pastinya akan membawa impak besar buat negara dan juga rakyat Malaysia. Lihat contoh pembangunan kerajaan BN seperti Menara KLCC, FI Sepang, KLIA dan sebagainya. Ianya membawa banyak faedah buat negara sehinggakan Malaysia dikenali seluruh dunia dan dalam pada masa yang sama ianya membawa pulangan buat negara dengan kehadiran pelancong masuk ke Malaysia serta menjana ekonomi penduduk Malaysia itu sendiri.
Pemimpin Pembangkang
Jika sehari tak buat sidang media menfitnah dan memburukkan kerajaan maka itu bukanlah mentaliti pemimpin pembangkang. Lihat sahaja apa yang berlaku hari ini bila setiap hari diadakan sidang media dalam menghentam setiap apa yang dibangunkan kerajaan. Duit BR1M yang diagihkan oleh Kerajaan buat rakyat hasil keuntungan Kerajaan dalam mentadbir negara juga dijadikan modal kononya ianya adalah duit Haram.
KLCC, F1 Sepang, KLIA semuanya dikatakan membazir pada satu masa lalu. Putrajaya dikatakan oleh mereka pemimpin pembangkang untuk dijual jika mereka menang pilihanraya. Tetapi sekarang? Hari hari kempen tawan Putrajaya, hari hari bangga dengan dunia luar bahawa mereka ada KLCC. Tu semua Hipokrit yang ada dalam benak pemikiran pemimpin pembangkang.
Pemimpin BN
Waktu kempen berjanji berbagai bagai dan selepas pilihanraya jalankan amanah serta janji yang telah ditabur sewaktu kempen. Semua dilaksanakan mengikut peringkat sampaikan ditempat yang kalah pun BN kotakan apa yang dijanji waktu pilihanraya. Hari pertama jadi ahli wakil rakyat dan mula mengatur langkah dalam membela rakyat serta membangunkan tempat yang beliau diamanahkan.
Pemimpin Pembangkang
Janji manis kempen pilihanraya ditabur serba serbi dan bila menang pilihanraya satu haram pun tidak dilaksanakan. Bila jadi wakil rakyat apa yang dibuat adalah kenduri kesyukuran. bukan sekali tapi kalau dan 6 bulan tiap tiap minggu buat kenduri kesyukuran dengan menggunakan wang yang dikhaskan buat rakyat adalah satu pekara yang songsang dan tidak telus sebagai wakil rakyat. Lihat Nizar Bekas MB Perak yang mengadakan kenduri doa selamat selama berbulan bulan ekoran Pakatan menang di Perak.
Banyak lagi sebenarnya PapaGomo nak cerita disini tapi memandangkan jari tak berapa bernafsu nak menaip PapaGomo stop disini dulu. Lepas ni PapaGomo nak cerita berkenaan KERONISME yang selalu Pembangkang dok kata pada Kerajaan BN.
BN amalkan Keronisme? Ya memang betul memang wujud amalan Keronisme itu tetapi apakah pembangkang tidak mengamalkan Kerosnime? Nanti kita sembang......
SUMBER
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
pehhh..x habis2 entry politik ko ni kan bro..mentang2 PRU13 dah nak hampir..hahaha.. bro parti pe..?
seriau la baca..x tahu kenapa..hati2 wan ek..akak risau baca entri ko ni..heeeeeee