SAJAK DARI BLOGGER UNTUK BLOGGER

Posted in 06 March, 2012
by wan_cikgumuzik


SAJAK UNTUK RAKAN-RAKAN BLOG

Dahulu.. Blog daku meriah dengan sahabat..
Kini segalanya berubah..
Segalanya sepi..
Segalanya sunyi...
Ke mana sahabat-sahabatku..

Dahulu.. Blog daku penuh dengan kemesraan..
Rakan-rakan bagaikan saudara..
Rakan-rakan bagaikan semangat...
Rakan-rakan bagaikan musuh..
kini semuanya sepi tanpa bicara...

Dahulu... Blog daku Penuh dengan emosi..
Ada gembira membaca tulisanku..
Ada menangis membaca ayatku..
Ada jiwa membara membaca kata-kataku..
Semuanya tinggal kenangan...

Dahulu... Blog daku penuh dengan gambar...
Menjadi sumber ilham kepada rakan-rakan..
Menjadi bahan untuk kawan-kawan..
Menjadi inspirasi untuk sahabat-sahabat..
Segalanya telah tiada untuk semua..

Dahulu.. Blog daku penuh dengan pembaca setia..
Sentiasa memberi pandangan..
Sentiasa memberi pendapat..
Sentiasa menanti tulisan terkini..
Kini hanya pembaca yang baru tiba kian hari..

Dahulu... Blog daku meriah dengan komen..
Semua menjadi dorongan ..
Semua memberi sokongan..
Tah kurang yang membenci..
Itu lah sahaba2ku..

Dahulu... Kamu semua sahabatku...
Kini dimana kamu..
Kenapa menyepi..
Adakah kamu masih ada disisi..
Adakah kamu masih bersamaku...

Hanya kamu sahabat-sahabat bloggerku...

Terima kasih sahabat-sahabat semua kerana sudi membaca sajak pendek aku nihh.. Aku berharap, kepada sahabat-sahabat aku yg masih setia menjadi silent reader, atau pembaca baru, mohon respon kepada entri ini..

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!