iisshhhkkk..!! Aku datang nak baca entri.. bukan nak dengar lagu

Posted in 23 June, 2011
by wan_cikgumuzik

Adakah korang sebagai pembaca berpendapat macam aku?? Pergi blog org nak baca entri, nak belek2 keindahan blog atau nak tgk gambar2 yang menarik kat dalam entri??? Kerr nak pegi blog orang nak dengar lagu?? 


Bukan niat aku nak kondem mereka2 yang pasang Music Player kat dalam blog kesayangan mereka2 tuhh.. Tapi bagi aku memang sangat mengganggu aku ketika sesi blogwalking dan menziarah blog korang2 tuu.. Bila dah full loading, mula laa berbunyi muzik yang macam2 sebab aku sekali jalan 5 hingga 6 blog sekali gus.. Bayangkan betapa bingitnya sound dia bila 2-3 blog pasang lagu kan?? Terrsangat laa bernanah telinga kalau di dengar.


Lepastu bila dah masuk, tercari2 plak kat mana letaknya player tu dengan harapan nak stopkan muzik tu dan nak baca entri.. Alih2, player dia jenis yang tak de button stop atau pause.. Dengan pantas laa cari tempat shout utk tinggalkan jejak dan cuma berkata "jalan2" pastu blah.. Entri korang pon aku tak baca sbb tak leh nak tutup sound yang bingit tu..
Tapi Rasanya ada kan player yang mcm gambar kat sebelah ni kan??? Boleh laa nak stop atau nak pause muzik tuu kan? Boleh laa jugak aku baca2 entri korang dan korang boleh laa dapat UV dari aku dan pengunjung2 yang lain..


Aku penah tanya laa kat seorang tuan blog yang pasang player jenis tak de suis nihh.. "kenape pasang player yang takde suis tuu..??" dan korang nak taw apa dia jawab??
" Saya pasang tuu saya bukannya dengar pon.. Laptop saya tak bukak sound.. saya silent jerr.. Lagipon nak bagi meriah sikit blog saya bila orang datang..
Bayangkan lah,, Dia sendiri pon tak dengar, nak bagi org lain dengar plak.. Cuba fikir tengok.. Kalau dah kau pon tak nak dengar, sama laa org2 lain yang datang ke blog kau tuu.. Tapi aku pon mengiakan sahaja alasan dia sbb malas nak bertekak.. 
Kang kalau bertekak, lain pulak jadinya kan?? mesti gado kan?? Aku tak nak laa gado2 nih.. Buang masa.. 


Korang pon mesti pernah jumpak player yang jenis xde suis tuu kan?? Aku malas nk sebut dan bg contoh kat sini sbb aku taw yang player tuu dicipta org2 kita jugak kalau tak silap sebab laman web dia tulis melayu.. Tak pon maybe indon.. Bukan niat aku nak jatuhkan laman web tuu.. Tapi harap pengusaha laman web tuu buat laa player yang ada suis play, stop dan pause ok..
Mcm gambar kat sebelah nihh.. kan senang kalau kita nk stop atau nak pause jerr lagu tuu kalau tak nak dengar muzik supaya tak menggangu pembacaan kita..


bukan semua org suka membaca dalam keadaan yang ada muzik nih.. rasanya 90% pembaca yang suka membaca dalam keadaan diam kan?? Dan aku bukan nak menghalang korang bubuh player.. Tapi fikir2kan la kehendak pengunjung blog korang.. 


Ini adalah merupakan salah satu tips bagaimana nak mendapatkan UNIQUEST VISITOR yang banyak pada account Nuffnang korang.. Harap maafkan aku sekiranya ada pembaca yang tersentap ngan entri aku yang nih... Aku rasa, aku cuba nak buat yang terbaik untuk korang semua...


Sekian, Terima Kasih... PEACE..!!


P/S : Nak dengar lagu, pasang player kat dalam laptop/komputer korang.. Tak pon pasang radio ok.. Lalalalalla..