iisshhhkkk..!! BEBELAN atau TIPS ? (newbie nak ramai follower [part 2])

Posted in 20 June, 2011
by wan_cikgumuzik

Seronok kerr ramai follower?? Sebagai bloger baru, tentu seronok kan? Tapi bila dah ramai follower, lain plak yang akan jadi nanti.. Percaya lah...


Apa-apa pun harus diingatkan, follower ramai tak de makna apa2 kalau reader untuk blog kita tak ramai.. Betul tak?? Bebelan atau tips kali nih agak mujarab laa kalau bloger2 yang baru bukak blog nak cari follower...


Apa yang korang kena buat?? Dgr bebelan nih dulu yerr..


Selepas korang ikuti tips2 yang sebelum ni, korang harus mengambil tindakan segera dengan membuat blog list untuk menyenaraikan kawan2 baru korang kat dalam blog korang.. Apa yang korang perlu buat utk tarik follower untuk blog baru korang??
Yeahhh..!! Korang harus buat segmen blog list untuk menyenaraikan  rakan2 baru korang.. Buat lah katogori mengikut kehendak korang... Buat sekurang2nya dua katogori...


Kalau dua katogori, bermakna korang harus buat dua kali segmen.. Jangan buat sekali gus. Buat satu2... buat sebulan satu segmen cukup lah ok.. Insyaalah pasti akan ada yang join.. 


Setiap satu segmen korang boleh pilih maksima 50 bloger sahaja ok.. Jangan lebih2.. Nanti pening nak susun.. Buat lah apa2 tajuk seperti contoh, (50 blog list wanita) dan satu lagi, (50 blog list lelaki) senang kan? 
korang buat lah banner segmen korang sekreatif yang mungkin supaya menarik minat org nak tempek banner segmen korang kat entri mereka... 


Kat sebelah nih cikgu bagi satu contoh Banner segmen blog list yang pernah cikgu join dulu.. Itu antara syarat yang harus dibuat untuk join segmen nih.. Dan lagi satu, Korang creat laa syarat2 lain utk join segmen korang.. 


Apa yang penting jangan buat syarat yang menampakkan korang memaksa orang untuk follow korang, letak laa ayat2 manis pada bahagian itu.. Insyaalah mereka akan follow blog korang...


Jangan ada perasaan takut nak buat segmen konon2nya takut org tak join laa... tak de orang masuk blog korang laa.. dan macam2 lagi.. Insyaalah kalau korang ikhlas, pasti ada yang join... Janji korang harus blogwalking dan promosikan segmen korang tuu.. 
Harap korang gembira dengan tips kali nih.. Cuba lah ok.. Ramaikan sahabat korang dan jangan ada musuh... Selamat mencuba....