iisshhhkkk..!! isteri ABGTEROR sedang bertarung nyawa | Update 30 Jun

Posted in 30 June, 2011
by wan_cikgumuzik

Assalamualaikum, Salam hormat dan salam sejahtera.. Kat sini aku nak minta bantuan rakan2 untuk mendoakan kepada isteri ABGTEROR sahabat blogger aku yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak sulung mereka.. Sama2 kita mendoakan supaya isteri beliau selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.. 


Untuk makluman kawan2, isteri abgteror sudah berada di Hospital Kuala Kerai dan telah dimasukkan ke wad pada jam 5.00 petang tadi.. Berita terkini yang aku dapat pada jam 8.30mlm td menyatakan yang isteri beliau dah bukak 2cm.. Insyaalah kalau tak mlm ni, maybe subuh esok akan bersalin..

Kepada semua rakan2 blog aku, jom sama2 kita doakan keselamatan isteri abgteror yang bernama Norma semoga selamat melahirkan baby baru.. Jom cepat tadah tangan jom...

kalau nk kenal abgteror, KLIK SINI utk tengok blog beliau.. Tapi maybe ramai dh kenai kan tgk gambar header kat atas tu kan??

P/S : kepada kawan2 yang lain, kalau rajin tuu buat lerr entri nih... ramai2 kita berdoa ok,..

UPDATE TERKINI..!!
Jam 8.54 td cikgu dimaklumkan bahawa isteri beliau dah masuk ke bilik bersalin... rasanya dh nk beranak tuu.. jom doa2kanlah keselamatan dua insan tersebut yerr....


UPDATE TERKINI..!!
Jam 10.10 malam dapat berita terkini, dah bukak 4 cm... sikit lagi tuu..  nanti akan ada update lagi eek....


UPDATE TERKINI
update jam 8.00pagi 30 Jun 2011 - Isteri abgteror belum bersalin dan mungkin perlu dibedah.. Kini dipindahkan ke Hospital Kota Baru kerana Hospital Kuala Kerai Mengalami masalah penghawa dingin.

UPDATE TERKINI
Kin Isteri abgteror selamat melahirkan baby lebih kurang jam 11.00 pagi.. Syukur alhamdulillah.. Segala2nya sudah selesai.. ibu dan anak semuanya selamat.. Insyaalah akan ada entri gambar anak2 beliau nanti.. :D


UPDATE TERKINI
Syukur alhamdulillah sebab isteri abgteror telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.. Insyaallah kalau rajin, mlm nih nk bubuh gambar anak abgteror banyak2.. tuu pon kalau rajin.. Lalalalaala