BINA EMPIRE BLOG ATAU BERPUAK-PUAK??

Posted in 28 July, 2011
by wan_cikgumuzik

Apa yang korang faham dengan perkataan EMPIRE BLOG?? Bagaikan nak menubuhkan sesebuah negara laa pulak... Ada yang berperang secara halus.. Ada yang berperang secara kasar.. Pelbagai cara dibuat untuk memperluaskan EMPIRE masing2 kan?? Ada yang guna cara bersih.. Ada yang guna cara kotor dengan pelbagai kata2 dan cara.. Banyak tafsiran yang perlu kita ketahui dan faham mengenai EMPIRE yang kita usahakan selama ini.. Korang mesti tak perasan kan yang selama nih korang pon ada EMPIRE korang sendiri kan?? Cuba korang tilik2 balik siapa pengunjung korang.. Siapa pengomen korang... Mereka la yang menghidupkan dan memperkuatkan EMPIRE korang.. 
Begitu lah kuatnya perhubungan networking yang korang jalinkan dalam melalui liku2 menubuhkan EMPIRE BLOG korang. Jalinkan satu perhubungan yang membina dan positif. Saling tegur menegur sekiranya kawan2 korang ada buat silap. Tegur lah dengan terbuka dan tak kisah lah cara menegur tu kasar atau halus... Yang penting teguran tu membawa kesan yang POSITIF.. Kalau tak sependapat, cuma fikirkan cara terbaik dan positif untuk menangkis teguran itu.
Apa yang paling terbaik dan berfaedah, Cuba korang duduk semeja dan berbincang bagaimana hendak meningkatkan trafic blog korang.. Bincang bagaimana hendak meningkatkan kualiti blog korang.. Bincang bagaimana hendak menarik pengunjung ke blog korang. Banyak caranya kan?? Aku nih tak laa sebijak mana dalam penubuhan EMPIRE.. Tetapi aku sudah mula merasakan yang aku mempunyai EMPIRE aku sendiri. Aku yakin korang pun boleh melakukannya dan korang pon sudah ada EMPIRE sendiri tanpa korang sedar kan??
Ada jugak yang menganggap kita nih BERPUAK-PUAK dalam berblog kan? Puak aku sokong aku.. Puak korang sokong korang.. Kalau kena hentam, puak aku cover aku, puak korang cover korang.. bagus ke ada perpecahan yang sebegitu?? Apa kata kita bersatu.. Jangan ada yang nak jadi ketua. Nak kena ikut cakap dia saja.. Tak best kan?? Masing2 ada hak dan pendapat masing-masing. Sekiranya terdapat percanggahan pendapat, Tak perlu laa nak panas2 dan nak melenting. Terima seadanya dan menghormati pendapat rakan2. Baru laa kita akan jadi blogger yang gembira.
Apa kata kita bersatu..!! Lakukan sesuatu yang membina.. Saling tolong menolong dalam memajukan blog kita?? Buang sikap ego dan buang sikap berlagak sombong yang hanya merosakkan diri. Sama-sama kita memperluaskan EMPIRE blog kita.. Ramaikan pembaca kita dengan menghasilkan penulisan yang menarik minat untuk orang baca. Buruk akibatnya kalau bermusuhan dalam dunia blog nih.. Blog korang boleh DOWN ok.. Percaya lah cakap aku.. So?? Nak termenung apa lagi?? Meh kita fikirkan bagaimana nak MEMPERLUASKAN EMPIRE BLOG kita.. 


P/S : Errrrr.. hipokritkah penulisan aku yang sebegini?? Kah kah kah...


TAGS : BINA EMPIRE BLOG, MENINGKATKAN TRAFIC DENGAN EMPIRE BLOG, EMPIRE BLOG ATAU BERPUAK-PUAK, PERPECAHAN BLOGGER, BLOGGER HENTAM MENGHENTAM, PERGADUHAN EMPIRE BLOG, EMPIRE BLOG YANG BARU DITUBUHKAN,