iisshhhkkk..!! BLOG SAMPAH | blog korang macam tu ke??

Posted in 01 July, 2011
by wan_cikgumuzik

Apa yang korang faham dengan BLOG SAMPAH eek??? Blog tuu ada gambar lucah??? Ada cerita-cerita yang menghina agama, menghina blog org lain, atau blog yang entrinya jenis nak menjatuhkan blog2 yang lain? Yang mana pilihan korang??


Pelbagai isu BLOG SAMPAH yang aku baca sebelum menulis entri nih sebenarnya... Kebanyakkannya banyak bercerita tentang blog A macam sampah.. Blog B macam sampah.. Maka terjadi lah hentam menghentam.. Bosan lah nak hentam2 nih kan?? Apa kata kita berblog untuk menyebarkan sedikit ilmu yang kita ada.. Kan lebih bagus kalau mcm tu kan??
Apa kaitan BLOG SAMPAH dengan kitar semula nih?? Hahahaha.. Ada jugak yang berpendapat, Blog2 yang COPYCAT nih jangan laa dikatakan blog sampah.. Mungkin si COPYCAT nih nak syer ilmu dari penjelajahan beliau di alam maya ni kan?? Tapi kalau dicopy bulat2 entri orang lain, korang fikir sendiri laa nk tafsirkan sama ada blog itu sampah atau tak kan..


Kadang2 Sampah pon ada guna jugak untuk kita kan..?? Mungkin kita akan mendapat sesuatu yang baru dalam entri2 yang dianggap sampah supaya kita tak buat apa yang dimaki dan di caci dalam entri yang kita nampak mcm sampah tuu kan?? So.. Jadikanlah ianya satu pengalaman dan pengajaran..


Bagi aku, sampah atau tidak, itu bergantung pada diri kita nak menilai sesuatu penulisan sama ada entri tersebut ada gambar lucah, hanya nak hentam blog orang, mengata sana, mengata sini, komplen sana, komplen sini, tak puas hati sana, tak puas hati sini, dan mungkin takde faedahnya untuk kita baca... 


Bayangkan kebanyakan entri yang ditulis semuanya berkisar tentang kemarahan kebencian dan ketidakpuasan hati kepada blog2 lain ataupun ketidakpuasan hati terhadap sesuatu benda dengan menulis perkataan2 maki dan carutan2 kesat.. Lepas tu kata blog org ini sampah.. Blog org itu sampah... Adakah itu adalah blog ilmu atau BLOG SAMPAH?? korang nilai lah sendiri ok...


Apa2 pun kita sebagai blogger harus membuatkan semua pembaca gembira, dan mendapat ilmu dari apa yang kita sampaikan.. Bukan senang nak puaskan hati semua orang kan?? Jadi, kita harus bersabar dan terus mencuba untuk menghasilkan penulisan yang terbaik dalam entri2 kita..


sekian, terima kasih..


P/S : BLOG AKU NIH MCM SAMPAH KER??