iisshhhkkk..!! BLOGGER OTAI | Lu fikir lu sapa??

Posted in 15 July, 2011
by wan_cikgumuzik

BLOGGER OTAI?? SIAPA BLOGGER OTAI tuu?? APA ITU OTAI? APAKAH OTAI?? Sape boleh jawab?? OTAI sangat ker dia?? Hahahahah.. Kasik panasss jerr ini entri kan?? Ada ker BLOGGER OTAI kat dalam dunia blog nih??? Lu abang long kaa.. Lu ayahanda kaa.. Aku tak peduli... Aku nak langgar jerr..!! Adakah itu kata2 seorang OTAI??? Kah kah kah.. 


Aku buat entri nih bukannya apa.. Sekadar nak memberi pendapat dan berbincang ngan korang tentang perkataan OTAI nih.. Apa yang korang paham dengan perkataan BLOGGER OTAI eek? Adakah kalau blogger tuu berada di dalam rangking 40 blogger melayu dalam Malaysia dah boleh digelar OTAI?? Kah kah kah kah.. Otai kerr kalau baru 3-4 bulan berblog boleh duduk dalam rangking tuhh?? "BARU NAIK SIKIT DAH NAK TUNJUK BESAR KEPALA..!!" Haruskah kita cakap mcm tuu eek??


Ok.. Bagi aku tidak..!!! Sekeras-kerasnya aku mengatakan TIDAK kerana ilmu seseorang blogger itu yang baru berusia 3,4,5,6, atau 7 bulan tidak harus digelar atau di cop sebagai OTAI.. Sebab apa?? Sebab memang tak kena langsung dengan makna perkataan OTAI.. 
Gambar kat atas nihh baru boleh dipanggil otai ok..! Sebab apa?? Sebab pada fahaman aku, OTAI bermaksud OLD TIMER atau pon dalam erti kata bahasa melayu, ORANG LAMA... OTAI kerr kalau korang main blog baru 1 tahun?? Rasanya kalau baby umur 1 tahun nak bercakap pon tak tahu hala lagi kan?? Macam tuu laa jugak dunia BLOGGER nih.. Sama jerr.. 


 Berapa banyak laa sangat ilmu blogger nihh kalau setakat 5-6 bulan main blog kan?? Takkan baru boleh godek koding HTML dan ubahsuai templates blog sikit2 pon dah berasa diri mcm otai kan?? Itu bukan OTAI... Itu namanya PANDAI.. Banyak lagi ilmu2 yang kita perlu pelajari.. So, kepada BLOGGER2 yang BARU mcm aku nih, kena laa belajar dan TERIMA TEGURAN dari blogger2 yang ada sedikit KEPANDAIAN tentang ilmu blog nih kan... Lantak laa nak KENA HENTAM kaa... KENA MAKI kaa... KENA KUTUK kaa.. KENA SINDIR kaa dan kena macam2 lagi.. Terima je lah dengan seadanya kan??
Kita blogger yang baru2 nihh bagaikan baby dimana seperti kain putih yang perlu dicorakkan.. Kalau cantik coraknya, maka cantik lah jadinya.. Tak kira lah siapa pun yang mencorakkan kita.. Terima dengan seadanya.. Jangan peduli pada mainan bahasa.. Cuma fikirkan positif.. Sama2 kita belajar.. Sama2 kita berjaya.. Setuju tak dengan cadangan aku?? 


Aku harap sape2 yang baca entri nih dapat faham apa yang aku nak sampaikan... Bahasa aku berkongsi ilmu memang kasar dan amat memedihkan.. Aku tak tahu nak hipokrit dan tak tahu nak kawal bahasa sebab bagi aku, Bahasa aku adalah inspirasi aku.. Tak payah lah nak bandingkan dengan bahasa2 yang nampak profesional yang pernah korang jumpak.. Korang tahu kerr ketulusan dan keikhlasan bahasa mcm tuu?? So?? Fikir2 lah sendiri ok..


HAPPY BLOGGING, HAPPY BLOGWAKLING, DAN HAPPY THINKING.. Semua seronok kan?? 


P/S : Entri ini tidak menghentam sape2 ok.. sekadar nak syer apa yang aku rasa jerr.. Hehehehe.. Korang plak rasa mcm mana eek?? Cite laa kat aku sket..


TAGS : BLOGGER OTAI, APA ITU OTAI, APA ITU BLOGGER OTAI, APAKAH MAKSUD OTAI, APAKAH MAKSUD BLOGGER OTAI, APAKAH OTAI, APAKAH ITU OTAI, OTAI BLOGGER HEBAT, BLOGGER OTAI SOMBONG,