iisshhhkkk..!! COMMENT MODERATION | Perlu ke tidak?

Posted in 18 July, 2011
by wan_cikgumuzik

COMMENT MODERATION tuu APA?? APAKAH benda nih?? Mesti korang tahu kan?? Sape-sape yang pernah komen kat blog aku nih, mesti komen tak akan timbul selagi aku tak approve.. 


Kenape aku buat macam tuu?? Banyak sebabnya.. Malah ramai blogger2 yang mengambil tindakan untuk tidak memaparkan terus komen korang selepas korang komen kat entri diaorang kan?? Aku punya alasan yang tersendiri untuk tidak memaparkan terus komen2 korang.. Bukan aku takut terima kritikan ataupun malu bila aku dikritik. Aku publish semua komen walaupun cik anon yang komen supaya korang boleh syer pendapat cik anon yang kadang2 berguna untuk kita.
Aku akan ceritakan kat korang alasan aku sebab mengaktifkan comment moderation nih ok.. 

  1. Aku akan dapat baca semua komen korang sebelum aku approve
  2. Aku dapat menapis komen2 yang berbaur hasutan ataupun perkara2 negatif ( tak pernah dapat lagi setakat nih)
  3. Aku akan dapat ditek/mengesan sekiranya korang komen pada entri2 lama aku
Apa yang penting bagi aku ialah aku akan dapat baca semua komen korang sebelum aku approve sebabnya sekiranya kita tak menggunakan comment moderation nih, kadang2 kita tidak menyedari ada komen yang baru masuk pada sesuatu entri.. Bukan kata entri lama, kadang2 entri yang baru pun kita tak sedar kata ada komen baru yang masuk..


Dapat tahu jugak kalau org komen kita aktifkan email notification nihh sebenarnya kalau orang komen entri lama2.. hahaha.. Berapa org sangat laa yang suka nak sepah2kan email dia dengan notis2 komen tuu.. Menyemakkan jerr kan?? Notis dari FB pon dh tak larat nak padam, nak ditambahkan lagi sengsara jumlah email tuu kan?? Haha..


TAKOT KENA SPAM?? Itu bukan persoalannya sebab kalau ada comment from spammer, automatik dia akan masuk ke ruangan SPAM di bahagian comment approvel tuhh.. (RUJUK GAMBAR DI ATAS) So skang aku nk syer laa sket ngan korang mcm mana nk aktifkan benda nih..

  1. DASHBOARD
  2. SETTING
  3. COMMENT
  4. TICK BAHAGIAN SEPERTI CONTOH GAMBAR DI BAWAH


Senang jerr kan?? Jadi tunggu apa lagi, moh laa kita buat.. Sekurang2nya kita sendiri akan dapat baca dulu semua komen kawan2 kita yang sememangnya rajin mengomen.. Dan kita juga akan dapat mengesan komen kawan2 kita pada entri2 kita yang lama.. Sememangnya teknik ini sangat berguna sebab kita menggalakkan diri membaca semua komen kawan2 kita.. 


So, jangan kata aku tak baca komen korang ok.. Aku baca satu per satu walaupon aku tak reply semua komen.. Aku hanya akan reply sekiranya perlu sahaja... Harap korang semua paham yer.. Dan kat sini aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pengomen2 kat blog aku nih.. Aku sangat hargai korang..!! (Dalam nada terharu)


P/S : Entri nih pon aku benarkan untuk korang copy paste supaya ramai blogger tahu kepentingan benda nih.. 


TAGS : COMMENT MODERATION, APA ITU COMMENT MORDERATION, APAKAH COMMENT MORDERATION, CARA AKTIFKAN COMMENT MODERATION, KEPENTINGAN COMMENT MODERATION, COMMENT MODERATION SANGAT PENTING, KENAPA PERLU ADA COMMENT MODERATION,