iisshhhkkk..!! ISU WATERMARK | Gambar itu kau punya ke?

Posted in 06 July, 2011
by wan_cikgumuzik

ISU WATERMARK pulak dah cikgu muzik nihh...!! Apa yang korang tahu tentang WATERMARK nih?? Tanda air kah?? Hahahaha.. Ok.. Lawak, lawak jugak kan.. Sebenarnya isu ni agak panas2 suam gitu.. Isu nih selalunya ditimbulkan oleh pengguna2 blog yang mempunyai hosting sendiri. Yer lah kan.. Kena bayar.. Kita nih pakai blogspot yang free tuhh duduk diam2 ok..


Mula2 aku nk korang paham dulu laa apa itu WATERMARK nihh.. WATERMARK nih adalah dalam makna kata yang lain penanda ataupun cop copyright yang terdapat pada gambar2 dalam sesetengah blog atau laman sesawang yang ada dalam dunia nih. Contoh seperti gambar di bawah nih.
Haaa... Nampak tak lambang wancikgumuzik ngan gitar yang seperti bayang2 tuhh?? Yaaa.. Itu laa yang dinamakan watermak ok.. Tapi ada jugak yang tak buat bayang2 mcm tuu kan... Haa.. Dah paham dah?? Ok.. Apa pulak yang menjadi isunya??


Apa yang menjadi isu sekarang, Gambar yang korang bubuh watermark tuu gambar korang ker??? Hak korang ker?? Atau disebabkan korang upload gambar tuu dalam hosting korang sendiri?? 


Seperti contoh watermark di atas konon2 aku pakai domain dan hosting sendiri iaitu http://wancikgumuzik.com dan aku bayar semua tu.. Wajib ker aku bubuh watermark kat gambar kucing tu yang korang memang tahu sah2 bukan milik aku?? Tapi aku upload dalam hosting aku kan?? Bagi aku memang patut sebab aku pakai hosting sendiri dan sudah pasti akan ada blogger pemalas nak upload sendiri gambar dan hanya akan copy url gambar tuu dan bubuh kat entri dia kan.. Maka, terjadi lah masalah HOTLINKING di mana akan menghabiskan/memakan BANDWIDTH atau DISKSPACE yang aku bayar tuu bila dah beratus2 org buat benda yang sama. Nak tahu pasal hotlinking, search sendiri maknanya kat google atau tunggu entri aku yang lain pasal hotlinking.


Contoh watermark di atas plak ialah ada tulis domain blogspot yang aku pakai secara percuma sekarang iaitu http://wancikgumuzik.blogspot.com kan? Adakah wajar untuk aku meletakkan watermark yang macam tu??  Jawapannya SANGAT TAK WAJAR DAN SANGAT KURANG AJAR ATAUPUN SANGAT BANGANG.. Kenape aku cakap mcm tu?? Sebab dah laa kau pakai hosting blogspot yang free nih, pastu suka suki bubuh watermark kau dan lagi gambar tuu bukan gambar kau punya pun kan?? Jangan laa bubuh beb.. kau bukannya perlu fikir pasal masalah HOTLINKING ataupun BANDWIDTH hosting free blogspot nih kan?? So?? Jangan bubuh kecuali gambar tuu gambar yang korang snap sendiri atau korang creat sendiri. Kalau setakat gambar2 yang korang copy dari blog2 lain atau google tuu korang tak payah laa bubuh watermark tuu ok.. tak stylo pon.. haha..


So korang dah faham kerr pasal WATERMARK nih??? Harap korang berhati2 laa bila nak bubuh watermark kan.. Aku mengaku ada entri aku yang dulu2 dan dah bersawang tuu memang aku bubuh watermark sbb time tu aku masih belum mengenali dunia blog nih.. So, aku minta maaf yerr... Tapi sekarang tidak lagii.. Hehehehee..


Korang boleh jerr copy mana2 gambar yang kat dalam entri2 aku yang korang suka.. Bubuh laa dalam entri korang.. Nak letak credit atau sumber atau tak, itu hak korang. Yang pasti gambar2 yang aku syer dalam blog aku nih adalah untuk korang semua.. Bukan untuk aku sorang.


Sekian sahaja entri panjang aku untuk kali nih... Terima kasih kerana sudi membaca sehingga kedua2 anak mata bertemu di batang hidong korang.. 


P/S : Kalau ada soalan atau ketidakpuasan hati tentang isi entri nih, sila komen, insyaalah aku akan jawab kalau aku tahu.


TAG : ISU WATERMARK, WATERMARK, HOSTING BLOGSPOT, HOSTING BERBAYAR, GAMBAR WATERMARK, GAMBAR ADA WATERMARK, GAMBAR SENDIRI, WATERMARK DAN HAK MILIK, WATERMARK HOSTING SENDIRI,