iisshhhkkk..!! KOMEN ENTRI KAU?? | KAU SAPA NAK SURUH2 HAH??

Posted in 19 July, 2011
by wan_cikgumuzik

Minggu nih Banyak cerita aku pasal KOMEN kan?? Kenape eek?? Hahaha... Pedulikan semua tuu.... Apa yang pasti aku puas dengan apa yang aku nak tulis dan aku puas dengan apa yang aku nak sampaikan... Aku harap tak ada rakan2 seperjuangan yang tersentap plak ngan entri nih.. Kadang2 bukan kita tak taw bahawasanya ada di kalangan kawan2 kita nihh ada yang jenis hatinya halus dan cepat sangat nak sentap2 nihh.. Huuhuu...


Korang semua mesti pernah dapat msg2 kat shoutbox seperti ayat2 di bawah:

  1. "Berkunjung.. jom komen entri saya.."
  2. "Klik sini [link] dan jangan lupa komen.."
  3. "Jom baca entri ini [link] jangan lupa komen ok"
  4. "Sila komen lepas baca [link] "
Dan pelbagai2 lagi ayat2 yang menyuruh korang pi komen entri diaorg kan?? Korag rasa rimas tak atau rasa terpaksa tak bila disuruh begitu?? Adakah korang berasa bersalah bila korang tak komen??
Aku kadang2 termenung seketika bila disuruh mcm tuu.. Nak komen ke tak.. nak komen ke tak... Adakah perkara komen-mengomen pada entri kawan2 kita nih sesuatu yang MEMAKSA atau memang kita sendiri yang berminat nak komen?? Rasanya kalau nak suruh2 nih mcm TERPAKSA pon ada kan?? Komen jugak lah utk menjaga hati walaupun tak ikhlas dan yang sewaktu dengannya..


Entri yang macam mana aku akan komen??

  1. Entri yang ada gambar2 pelik dan kelakar
  2. Entri yang berkaitan ngan blogger
  3. Entri yang memberi info
  4. Entri yang bila aku baca boleh membuatkan aku tersenyum
  5. Entri yang membuatkan hati aku panas
  6. Entri yang aku rasa perlu untuk menegur kesalahan yang ada pada entri tuu..
  7. Entri yang ringkas,simple,dan senang dipahami.


Korang plak mcm mana eek?? Entri yang mcm mana korang suka komen eek?? Aku bukan memilih atau kerek untuk mengomen kat entri2 korang tuu.. Cuma aku rasa mcm tak perlu aku nak komen kalau aku rasa tak nak komen dan aku harap korang faham lerr yang aku pon pi baca jugak entri korang tuu walaupon aku tak komen..
Minta maaf laa sgt2 kalau aku tak pernah nak komen entri korang key.. Sememangnya aku tak berapa berminat untuk mengomen entri2 yang berkisar pasal kisah peribadi korang.. Takkan laa korang cite pegi jalan2 kat KLCC pon aku nak komen?? Aku nak komen apa?? Nak cakap "tahniah sbb berjaya sampai ke KLCC" mcm tuu?? Haiisshhh..!! Apa2 pon aku harap korang faham aku akan komen pada entri yang macam mana key..


P/S : Entri nih aku tulis sbb nak menjawab komplen seseorang tuu kenape aku tak pernah komen entri dia..


TAGS :  KOMEN PADA ENTRI, DIPAKSA KOMEN PADA ENTRI, KOMEN SEBAB TERPAKSA, KOMEN ENTRI SEBAB DISURUH, PENTING KOMEN PADA ENTRI, ENTRI BEST AKAN DIKOMEN, KOMEN PADA ENTRI PENTING,