iisshhhkkk..!! KONTEST BLOG AKU PANAS

Posted in 08 July, 2011
by wan_cikgumuzik

STICKY POST (POST BARU ADA DI BAWAH)

Assalamualaikum, salam hormat dan salam satu blogger... Sudah sekian lama cikgu tak buat kontest kan?? Hari ni cikgu nak buat lagi.. Jom tengok syarat2 dia..

  1. Korang kena ada blog lahh..
  2. Nak follow blog cikgu atau tak, suka ati lah..
  3. Wajib like Fanpage Facebook cikgu sebab hadiah ada kaitan dengan Fan page tuu.. {like fan page kat bawah shoutbox}
  4. Wajib jugak Add FB cikgu sebb hadiah ada kaitan dengan FB cikgu.. NIH LINK FB CIKGU. (open new tab yer)
Apa yang korang kena buat nak join kontest nihh??

  1. Buat satu entri bertajuk "KONTEST BLOG AKU PANAS"
  2. Tempek banner kontest kat atas tuuu (pastikan ada link ke entri ini)
  3. Cerita hadiah yang akan dimenangi iaitu trafic untuk blog
  4. Buat karangan pendek perkara panas yang pernah blog korang lalui seperti kena hentam kerr.. Ben follow kerr.. Atau apa2 saja kejadian panas yang pernah blog korang lalui
  5. Tag 2 org kawan, ajak depa join (tapi jangan paksa2 ok )
  6. Dah siap semua, letak url/link entri kontest korang pada ruangan komen blog ini
Sekian syarat-syarat utk join.. Kat sini cikgu nak cite mcm mana nak pilih pemenang dan apa yang akan dinilai.

  1. Kekemasan entri
  2. Cerita paling panas bila dibaca
  3. mengikut syarat-syarat yang ditetapkan
  4. penilaian akan dibuat oleh 5 org juri yang cikgu lantik secara diam dan peserta tak boleh tahu ( mengelak gejala rasuah ) haha
Antara hadiah2 yang ditawarkan ialah..
Iklan selama 2 bulan Kat blog ini di mana setiap satu iklan berharga RM30 sebulan atau RM50 untuk dua bulan.


Auto ping ke FB cikgu dan Fan Page cikgu menggunakan perkhidmatan RSS GRAFFITI sekiranya korang update entri blog korang Maka blog korang secara automatik akan di ping dan dilihat oleh rakan2 FB cikgu seramai 1095 org utk jumlah terkini. Juga dapat dilihat oleh blogger2 yang dah like Fan Page FB cikgu. Hadiah ini diberi selama 6 bulan kat korang. ( sila rujuk FB cikgu dan fan page FB cikgu bagaimana blog korang akan di ping secara automatik)


Kiranya hadiah untuk korang nih merupakan trafic utk blog korang laa samada mereka datang dari FB cikgu dan fan page FB cikgu atau mereka klik iklan blog korang yang akan cikgu iklankan tuu..


Hanya 4 pemenang akan dipilih untuk kontest ini


Banner iklan cikgu akan buatkan utk korang kalau korang belum ada banner lagi.


Tarikh tutup tak ditetapkan lagi dan akan diumumkan nanti. Kontest akan automatik tertutup sekiranya 100 blogger dah join kontest ini.


Selamat mencuba..


P/S : Kalau ada apa2 pertanyaan, sila laa message kat inbox FB cikgu yerr.
KOMEN DI BAWAH YANG TIADA KAITAN DENGAN PENYERTAAN AKAN DIPADAM