iisshhhkkk..!! PERLU KE ORANG KOMEN ENTRI KORANG??

Posted in 12 July, 2011
by wan_cikgumuzik

PERLU ATAU TIDAK komen korang dalam sesebuah entri adalah bergantung kepada tuan blog.. Bagi aku pengomen untuk entri sangat perlu dan penting. Banyak perkara yang kita boleh pelajari dari pengomen2 dalam sesebuah entri. Kadang-kadang ilmu yang dicurahkan dalam sesebuah entri tak lah seberapa.. Tetapi komen-komen di dalam entri tuu lebih mencurahkan ilmu bila ada perbincangan di situ..


Aku sangat menghargai pengomen-pengomen aku dan mengambil tindakan dengan meletakkan widget PENGOMEN TEGAR di sidebar blog aku. Secara tak langsung, di Widget tersebut tersenarai nama pengomen tegar sekali dengan link sekali... Automatik laa dapat BACKLINK kan si pengomen tuu..
 Nampak tak?? Terrbaeek kan?? Aku rasa ini lah cara terbaik untuk aku hargai pengomen aku nih... Sengaja aku letak 15 pengomen sahaja sebab nak timbulkan semangat bersaing yang sihat untuk mendapatkan backlink pada gadget di atas.. Sape yang terbaeek, akan duduk kat atas lah dan dapat lah satu backlink dari blog aku kan...


Kalau korang nk terjah blog pengomen2 nih, klik jerr kat ruangan pengomen tegar di sidebar blog cikgu tuhh.. Mereka semua the best..!!Korang pon mesti nak hargai pengomen korang kan?? Ok ok aku bagi Link kat mana nak dapatkan widget mcm aku tuu..


(sila open new tab)

Tapi banyak ker pengomen kat entri korang?? Tak ramai?? Alahhhh.. macam mana nak ramai kan.. DAH KORANG PON TAK PERNAH KOMEN ENTRI ORG.. SAPA NAK KOMEN ENTRI KORANG.. Kali kedua aku cakap mcm nih kan?? Dulu pernah sekali dalam satu entri tuu.. Hahhhaa,, Aku akan sentiasa mengingati korang ok..

Harap kat blog korang ada widget nih untuk menghargai pengomen2 korang ok.. Oppsss... Kat link yang aku bagi tuu, ada mcm2 jenis lagi widget2 untuk top komentar nihh.. Pilih laa.. Godek laa koding tuu.. Senang jerr.. Belajar ok.. 

Sekian terima kasih.. Happy blogging...!!