iisshhhkkk..!! TIPS BLOGGING HOTAK KAU MACAM TU..!

Posted in 13 August, 2011
by wan_cikgumuzik

korang mesti selalu nampak kan banyak blog yang buat tips2 untuk blogging kan?? Pelbagai tips yang korang jumpak kan?? Aku pon tak terlepas buat tips2 untuk dikongsikan bersama rakan2 aku.. Tapi aku tahuuu.. Ada yang berkata TIPS BLOGGING HOTAK KAU MACAM TUU kat aku... Hahahaha... Orang2 yang kata mcm tu dilemparkan kat aku sebab boleh dikatakan semua tips2 blogging yang aku kongsikan semuanya menggunakan bahasa yang kasar dan kesat di mana boleh melemahkan semangat sesetengah blogger.. Hahahaha.. Blogger yang lemah semangat tuu sebenarnya berfikiran negatif dengan apa yang aku sampaikan.. Mudah tacing.. Terasa hati.. Ptuuiiii..! Dah buat salah, tak nak ngaku then nak salahkan aku plak dengan penggunaan bahasa aku yang kasar.. Blah lah.. Looser laa kau..! Sikit2 nak nangis.
Alang2 aku sebut pasal tips nih.. Aku nak syer dengan korang TIPS BLOGWALKING TERBAIK DAN MEMBERI TRAFIC UNIK VISITOR KEPADA KAWAN2 KORANG... yeahhh..!! Ini untuk blog yang ada SHOUTBOX sahaja ok..! Yang tak ada shoutbox boleh BLOGWALKING melalui ruangan komen sahaja ok... jangan drop your link kat SHOUTBOX sbb kawan2 ramai yang tak suka taw..!! Ok terlebih dahulu aku nak korang tgk gambar kat bawah nih...
klik gambar kalau nak bilang berapa tab aku bukak
Haaa... Nih yang aku printscreen time aku blogwalking ok.. Aku akan blogwalking dalam 28-30 blog untuk satu sesi.. Korang boleh kutip mana2 blog yang syer entri diaorang kat FB group atau tweeter korang.. Aku ambik masa dalam 10-15 minit jugak laa nak tggu bagi semua blog full loading dan aku akan semak satu demi satu blog untuk menengok mana2 entri yang menarik dibaca dan patut dikomen.. Hahahaha.. lepas tu bila korang dah puas hati semak semua2 entri menarik kawan2 korang dan drop komen atau follow blog yang diminati, baru laa korang drop AYAT MANIS BLOGWALKING korang tuu untuk menarik perhatian tuan blog dan pengunjung blog tuu supaya datang ke blog korang balik kan..
Ok.. Kita tengok contoh gambar di atas.. Patung merah tuu mewakili link korang yang ada kat shoutbox seorang blogger yang korang kunjungi.. patung hijau tuu plak adalah tuan blog dan yang lain2 warna tuu plak ialah pengunjung2 blog tuu.. Bayangkan lah kalau ke semua patung tuu terjah ke blog korang.. Berapa banyak trafic yang korang boleh dapat dari satu link di SHOUTBOX kawan korang tuu.. Ok.. kalau berdasarkan gambar di atas, korang akan dapat 6 visitor dari blog kawan korang tuu kan? Tengok pengiraan kat bawah nih..


1 blog = 6 visitor
30 blog = 6 x 30 = 180 visitor..
gambar hiasan
Itu anggaran yang aku selalu buat setiap satu sesi blogwalking yang hanya mengambil masa 30-40 minit setelah korang selesai loading, baca entri, dan drop komen.. Bermakna.. Kalau korang Tak tutup blog yang korang kunjungi tuu selama 30-40 minit, korang rasa kawan2 korang dapat tak trafic UNIK VISITOR?? kompom2 laa dapat kan?? Haaaa.. Ok tak teknik yang aku bagi nihh?? Tuu baru satu sesi blogwalking.. Bayangkan kalau korang buat aktiviti nih sebanyak 5 sesi sehari.. Bermakna trafic dari BLOGWALKING saja korang akan dapat sebanyak : 


180 visitor utk satu sesi 
180 x 5 sesi = 900 visitor
gambar hiasan
Wahhhh..!! Dengan hanya BLOGWALKING jerr korang dah boleh dapat 900 visitor?? tuu tak kira lagi trafic yang datang dari laman2 sosial yang korang ping entri korang tuu kan?? Aku bagi anggaran 300 visitor laa sehari dari hasil ping korang yang sampai lebam tuu..  Maknanya korang akan dapat busuk-busuk 1,200 visitor sehari.. Eh eh.. tuu visitor kan? tak kira plak pageview.. Bayangkanlah kalau dalam 1,200 visitor tuu ada plak yang berminat ngan entri2 korang dan selak entri2 lama korang.. Aku anggar 200 visitor la yang akan selak 3 page kat entri korang yang lama2 tu.. Maknanya korang dah dapat 600 pageview kan..?? (pentingnya widget linkwithin)


1,200 visitor = 1,200 pageview
1,200 pageview + 600 pageview = 1,800 pageview..
gambar hiasan
Eh eh.. jadi laa 1,800 pageview sehari kan?? tapi aku heran la ada blogger2 yang dok cite kata dapat hanya 200 - 500 pageview jer sehari dengan nada yang sedey.. Logik tak kesedihan yang korang hadapi tuu?? Bersedih atas sebab kemalasan korang korang sendiri.. Hahahaha.. Sbb tuu aku senyum sinis jerr kalau ada yang kata blog dia xde pengunjung.. PV rendah... UV rendah.. Alahhh... Tak kira laa korang tuu blogger baru atau lama, kalau malas nk berusaha, Sampai bila pon duduk takuk tuu jerr..
Aku harap korang gembira dengan satu lagi rahsia yang aku dedahkan nih.. Apa kata korang cuba benda ni seminggu jerr.. Lepas tu tengok ada tak perubahan.. Hahahhaha.. Yang penting, jangan asyik nk lepak2 kat FB group atau borak2 kosong kat shoutbox kawan2 korang jerr.. Usahakan dulu blog korang, pastu baru laa lepak.. Ok lah.. setakat ni sahaja tips aku kali ni.. Harap berguna utk korang.. Nanti aku nak syer plak TIPS MASA2 YANG SESUAI KORANG NAK UPDATE ENTRI KORANG ok.. Tgguuuu.. Auto publish jugak penting sebenarnya... nanti aku cite yer...


P/S : Blogger bermacam2 ragam.. Ada jugak yang tak setuju ngan pendapat di atas dan sbb tuu depa tak pasang shoutbox kot.. Tapi aku yakin tips di atas sangat berguna dan aku dah buktikan kat korang ok.. Kita bukannya reti main SEO nak dapat trafic dari google kan?? so, ini laa cara terbaik nak dapatkan trafic...


SUKE TAK ENTRI NIH? LIKE LERR FAN PAGE KAT BAWAH NIHH.. 


TAGS : TIPS BLOGGING, TIPS BLOGWALKING, TIPS UNTUK RAMAIKAN VISITOR, TIPS BLOGWALKING TINGKATKAN TRAFIC, TIPS BLOGGING BERJAYA, TIPS BLOGWALKING YANG BAGUS, BLOGWALKING MENINGKATKAN JUMLAH TRAFIC, TIPS BLOGWALKING TINGKATKAN TRAFIC BLOG,