LAGI KISAH FB GROUP SAHABAT BLOGGER | ISU SPAM

Posted in 15 August, 2011
by wan_cikgumuzik

Cerita pasal sahabat blogger lagi?? Hahahaa... suka sangat aku nih kan?? Ok ok.. aku terpanggil untuk buat entri nih setelah berbincang dengan beberapa orang admin group sahabat blogger nih yang mungkin kurang selesa dengan entri aku yang lepas mengenai penerangan atau penjelasan SISTEM PENCEGAHAN SPAM DI FACEBOOK yang telah dialih suara ke bahasa melayu.. Harap korang baca laa entri aku yang lepas tuu dan fahami apa yang aku nak sampaikan.. Aku juga ingin memohon maaf di atas salah faham yang berlaku mengenai entri yang lepas sehingga mengundang cik anon yang crring datang drop komen.... 


Ok.. kat sini sudah jelas menyatakan UNDANG2 HARUS DIHORMATI dan jugak HARUS DIPATUHI tak kira lah ada dalam akta ataupun tak ada sebab setiap group yang dibuka, ada undang2nya sendiri.. Tuan group berhak meletakkan undang2 sbb group tuu mereka yang buat..
Sebenarnya admin berhak dan mempunyai kuasa untuk ban korang yang dok spam2 nih.. tapi depa tak laa buat mcm tuu sebab nak meriahkan lagi group tersebut.. Lagipon korang kan tetamu.. takkan tuan rumah nak halau.. Fikir2 sendiri lah yerr.. So.. IKUT JER LAH UNDANG2 YANG DITETAPKAN.. Bak kata mereka, masuk kandang rimau, mengaum laa.. Masuk kandang kambing mengembek laa... Dan kalau masuk jamban... Errr.. Lu pikir laa sendiri.. Haha
Ok.. Berbalik pasal entri aku yang lepas bertajuk APA KES FB GROUP SAHABAT BLOGGER SELALU KECOH PASAL SPAM HAH??!! , aku nak korang tahu niat sebenar aku.. Aku hanya menerangkan SISTEM PENCEGAHAN SPAM yang dikeluarkan oleh FACEBOOK sekiranya korang suka sangat melakukan aktiviti spam di FACEBOOK..  Korang tahu tak kalau korang dicop sebagai spammer oleh FB nih membawa kesan buruk??? Tengok gambar di bawah..!!
Nah tengok.. Paham dak apa yang akan berlaku terhadap korang kalau korang melakukan aktiviti2 SPAM nih?? Senang nak cite, kalau korang DROP LINK KAT RUANGAN KOMEN tuu, korang akan dianggap mengganggu pengguna lain yang post atau syer entri mereka kat wall group tersebut.. Sekali dua tak pe laa.. Kalau dah banyak kali dan ramai melakukan tuu, FB akan ditek korang tuu spammer ok..!! Rasanya orang ramai jugak boleh report yang korang tuu adalah spammer kat FB..


Jadi.. korang dah paham ker kenape aku keluarkan entri yang lepas mengenai SISTEM PENCEGAHAN SPAM DI FACEBOOK tuu?? Gambar di atas tuu antara salah satu sistem pencegahan spam tuu.. Jadi.. kepada pengguna2 FACEBOOK, jangan laa melakukan aktiviti yang mengganggu pengguna lain dengan DROP YOUR LINK KAT RUANGAN KOMEN mana2 post orang lain ok.. 


Paham dah?? Kalau dah paham, jadi laa orang yang cerdik berfikir.. dan satu lagi pesanan dari aku, JANGAN MENILAI SESEORANG DENGAN CARA HANYA MELIHAT HASIL PENULISAN.. kenal2 bagi rapat dulu, pastu baru laa nak hentam.. ada paham CIK ANON??? 


P/S : semoga semua berpuas hati dengan penerangan di atas..



TAGS : KISAH SPAM DI SAHABAT BLOGGER, APA ITU SPAM DI FACEBOOK, SPAM DI FACEBOOK, LINK DI RUANGAN KOMEN ADALAH SPAM, SPAM LINK DI RUANGAN KOMEN DAN FACEBOOK AKAN BATAL ACCOUNT, ACCOUNT FB DISEKAT KERANA SPAM,