GAMBAR STADIUM KELANTAN TERBARU | STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-V

Posted in 25 January, 2012
by wan_cikgumuzik


GAMBAR STADIUM KELANTAN TERBARU | STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-V Skuad dengan jolokan The Red Warriors (TRW), Kelantan bakal memiliki stadium sendiri tidak lama lagi jika perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar. Stadium yang akan dibina di Tunjung ini bakal menggunakan nama Stadium Sultan Muhammad Ke-V (The Fotress) ini akan terus membanggakan penyokong TRW, dikatakan bakal memiliki kapasiti tempat duduk untuk 40,000 penyokong!
Menurut sumber facebook Tan Sri Annuar Musa (TSAM), tempat duduk stadium baru bekenaan akan bewarna merah putih, seiring dengan warna negeri Kelantan. Stadium Sultan Muhammad Ke-V juga tiada track larian kerana stadium ini akan dibina khusus untuk bola sepak. Kedudukan penonton yang dekat dengan padang akan menjana suasana yang lebih meriah dan mampu berikan sokongan lebih padu buat pasukan. Corporate booth akan turut dibina agar KAFA dapat terus menjana dana dan income sendiri. Sebagai contoh, corporate box bewarna kuning di sebelah kanan atas gambar merupakan Royal Box untuk Sultan kita.
Kapasiti stadium dalam pelan arkitek dan berdasarkan bajet ialah 40,000. Harga tiket insyaAllah tidak akan dinaikkan kerana kita tidak akan dikenakan levi yang tinggi serta kapasiti stadium yang lebih besar bermakna pendapatan KAFA bertambah.
Gelaran The Fortress (bermaksud Kubu) adalah bersempena nama pasukan kita iaitu The Red Warriors (Pahlawan Merah). Berani kah musuh bertandang ke Fortress The Red Warriors?
Lagi satu, stadium dah buat molek, bertaraf antarabangsa jadi penonton pun kena bertaraf antarabangsa. Jangan melontarkan objek ke dalam padang. Tempat duduk dekat dengan padang dalam stadium baru, Kalau pekong botol lagi, parok la wei! Jadi mulai sekarang, penyokong semua mula hentikan perbuatan melontarkan objek ok?


JOM LIKE FB FANPAGE AKU JOM...


TAGS : STADIUM BARU KELANTAN, GAMBAR STADIUM BARU KELANTAN, GAMBAR STADIUM BARU KELANTAN 2012, GAMBAR TERKINI STADIUM BARU KELANTAN, KAPASITI BILANGAN PENONTON STADIUM BARU KELANTAN,