RUMAH NABIL RAJA LAWAK DIROMPAK

Posted in 29 February, 2012
by wan_cikgumuzik

RUMAH NABIL RAJA LAWAK DIROMPAK | Kisah rompakan yang belaku kat rumah nabil raja lawak nih baru jerr diterima dan dengar kata kerugian besar jugak yang dialami oleh nabil raja lawak nih.. Dan difahamkan walaupun rumah nabil kena rompak, namun nabil terselamat dari luka atau cedera.

Berita kisah rompakan yang berlaku pagi tadi aku dapat dari MSTAR online tadi.. Jom kita tengok petikan berita dari MSTAR online..
SEREMBAN: Kediaman pelawak dan pelakon terkenal, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil (Raja Lawak) dipecah masuk perompak dalam satu kejadian di Kampung Masjid, Mambau, di sini pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.55 pagi ini, perompak berkenaan bertindak memecah masuk rumah itu melalui sebuah daripada bilik rumah yang kini didiami keluarga bapa saudaranya.
Menurut bapa saudara pelakon itu, Rahmat Abdul Latiff, 55, kejadian disedarinya sebaik pulang ke rumah berkenaan selepas menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli belah berhampiran.
Katanya setelah diperiksa, penjenayah berkenaan didapati melarikan komputer riba milik anaknya yang berharga RM3,000.
"Kejadian ini yang pertama berlaku dan saya baru sahaja menetap dua bulan di rumah ini selepas Nabil bersama ahli keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. BERNAMA
Haa.. itu lah.. MSTAR online yang memperolehi sumber daripada bernama. Nasib baik hanya laptop jer yang hilang kan?? So, tak lah rugi banyak kan... Namun trauma yang dialami memberikan kesan yang mendalam.. Harap nabil raja lawak bersabar dengan kes rompakan yang berlaku nih.. Buang trauma tu jauh2 dan sentiasa tersenyum mcm gambar kat atas tuhh yerr.. Cau...!!

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!


TAGS : KISAH RUMAH NABIL KENA ROMPAK, KISAH SEBENAR RUMAH NABIL RAJA LAWAK KENA ROMPAK, RUMAH NABIL RAJA LAWAK DIROMPAK, NABIL RAJA LAWAK KENA ROMPAK, NABIL RAJA LAWAK DIROMPAK, RUMAH NABIL RAJA LAWAK DIROMPAK,