BIODATA PELAKON VANILLA COKLAT | AIMAN HAKIM RIDZA MENTOR 5

Posted in 06 March, 2012
by wan_cikgumuzik

BIODATA LENGKAP PELAKON VANILLA COKLAT | AIMAN HAKIM RIDZA MENTOR 5 | Tetiba plak aku buat entri pasal biodata artis nih plak kan?? Siapa orang tuu?? Yaa.. Pelakon drama vanilla coklat Aiman Hakim Mentor 5 tuh.. Jom kita tengok, Siapa sebenarnya Aiman Hakim Ridza nih... Popular selepas drama Vanilla Coklat yang ditayangkan di TV3.



NAMA PENUH     : Aiman Hakim bin Ridza Abdoh
TARIKH LAHIR   : 17 Januari 1989
TEMPAT LAHIR  : Johor Bahru
UMUR                    : 23 Tahun
Sejak dari lahir Aiman tinggal di johor sehinggalah tahun 1990. Kemudian, dia berpindah ke Pulau Pinang hingga  1994. Bermula tahun 1994 dia menetap di Shah Alam dan Subang Jaya.
Selain mempunyai bakat nyanyian, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak.Aiman pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun.
Pada tahun 2004 dan 2005, Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo. Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti di Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan lain-lain.
Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah apabila dia bermain bola sepak bersama pasukan Bayern Munich.
Kiranya Aiman ni bukan sahaja hebat dalam bidang nyanyian, malah turut hebat dalam dunia bola sepak!! -sumber
Yaa.. Semua dah Baca tak biodata dan kisah hidup Aiman Hakim mentor 5 nihh?? Hehehe... Suka lahh gadis2 kat luar sana bila dapat baca dan tahu siapa Aiman Hakim Bin Ridza Abdoh sebenarnya nih kan?? 



JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!