DUA PENJENAYAH MAUT DITEMBAK DI PETALING JAYA

Posted in 24 March, 2012
by wan_cikgumuzik

DUA PENJENAYAH MAUT DITEMBAK DI PETALING JAYA | Dua penjenayah yang baru setengah jam mencuri sebuah kereta Honda Civic, ditembak mati selepas sepasukan polis peronda terserempak dengan suspek yang ketika itu sedang menukar nombor pendaftaran kenderaan terbabit di satu kawasan sunyi di Persiaran Bukit Utama, di sini, malam tadi.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kedua-dua suspek bersama seorang lagi rakan mereka, menahan kereta yang dilarikan itu berhampiran pusat beli-belah Bandar Utama Center Point dengan menyamar sebagai anggota polis sebelum menarik keluar pemandu dan melarikan kereta berkenaan ke lokasi mereka ditembak mati.
Menurutnya, seorang lagi rakannya menaiki kereta lain kini sedang diburu polis.

“Sepasukan empat pegawai dan anggota polis menaiki kereta peronda melalui kawasan berkenaan sebelum terserempak dengan kedua-dua suspek di kawasan sunyi dalam keadaan mencurigakan.



“Ketika polis menghampiri mereka, seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan mengenai cermin depan kereta peronda dan polis terpaksa membalas tembakan.


“Suspek berusia 39 dan 37 tahun mati di tempat kejadian dan pemeriksaan menemui sepucuk pistol, sebilah parang dan pisau,” katanya ditemui di lokasi kejadian.

Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek dari Ampang, Selangor dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu, mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.



sumber : hmetro.com.my

SILA LIKE FB FANPAGE AKU NIH..!!