ISU LYNAS MALAYSIA | UNTUK APA UJUDNYA KILANG LYNAS

Posted in 28 March, 2012
by wan_cikgumuzik

ISU LYNAS MALAYSIA | UNTUK APA UJUDNYA KILANG LYNAS | Banyak yang dipersoalkan tentang keujudan kilang lynas di Gebeng. Lynas dipolitikkan dan pelbagai cerita buruk disebarkan oleh pihak-pihak tertentu termasuklah blogger2. Aku pun tak ketinggalan untuk berkongsi maklumat berkaitan LYNAS dan isu-isu berkaitan dengan Lynas.

Korang tahu tak apa yang terjadi sekiranya kilang lynas beroperasi nanti?? Kita tak payah cite lah pasal radioaktif laa.. Apa kaa sebab yang tuu aku akan ulas dalam entri yang akan datang.. Untuk entri niih, Aku nak cite pasal kenapa diujudkan kilang lynas di malaysia.. Mesti Ada sebabnya kan?? So, mai kita mulakan dengan gambar di bawah...
Di atas antara kegunaan dan hasil daripada kilang lynas di malaysia. Banyak bahan mentah untuk menghasilkan alatan2 di atas diproses di malaysia. Maka selepas kilang lynas siap, maka bahan-bahan mentah tak perlu lagi kita import dari luar dan pastinya menjimatkan kos pengeluaran bagi membina sesuatu barangan. Pergerakan wang keluar dari Malaysia juga akan berkurangan.


Dari sudut ekonomi, Sangat bagus apabila wang yang mengalir keluar ke luar negara dikurangkan kerana bahan mentah sudah sedia ada di Malaysia, Dan yang untungnya, bahan yang dihasilkan oleh kilang Lynas pastinya akan dibeli oleh negara-negara luar dan aliran wang masuk ke malaysia akan meningkat.
Dengan tertubuhnya kilang lynas, sudah pasti akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan dianggarkan seramai 2,000 orang akan diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan. (sila rujuk gambar di atas)


Lagi Keuntungan yang akan diperolehi ialah banyak kilang-kilang yang menggunakan produk lynas akan ditubuhkan di Malaysia dan anggaran pelaburan adalah sebanyak RM500 juta. Peluang pekerjaan juga akan meningkat dari jawatan yang terendah sehinggalah yang tertinggi.


Sekian dahulu untuk kali ini.. Nantikan entri aku berkaitan ISU LYNAS DI MALAYSIA pada entri akan datang.. Insyaalah aku akan huraikan sedikit demi sedikit kekusutan berkaitan lynas di Malaysia.



LIKE OUR FACEBOOK FANPAGE NOW..!!
   


TAGS : KESAN LYNAS MALAYSIAKESAN RADIASI LYNAS DI MALAYSIAKESAN LYNAS TERHADAP BUMI MALAYSIAISU LYNAS, KILANG LYNASLOKASI KILANG LYNAS, KENAPA LYNAS BAHAYAFAKTOR TENTANG LYNASCERITA TENTANG LYNASAPA ITU LYNASAPAKAH LYNASHENTIKAN LYNASKLIANG LYNAS DI PAHANG