NURUL NADIRAH MASIH HIDUP

Posted in 16 March, 2012
by wan_cikgumuzik

NURUL NADIRAH MASIH HIDUP | DIRANG MASIH HIDUP..!! Begitulah tajuk pada satu artikel di sebuah blog yang aku terjumpa tadi. Memang tak masuk akal lah bahawa Nurul nadirah atau Dirang yang telah meninggal dunia dikatakan masih hidup. Sebenarnya ada sebab tajuk seperti itu ujud. nak tahu kenape? Jom tengok petikan berita dari kosmo online nih..

JOHOR BAHRU - Kematian tragis Nurul Nadirah Abdullah yang masuk hari keempat semalam masih lagi dirasai ahli keluarga dan sahabat handai, namun abang mangsa tetap menyangka yang adiknya itu masih hilang.
Ibu kanak-kanak itu, Roselyn Alan, 25, memberitahu, anak sulungnya, Mohd. Hafis, 6, masih menganggap adiknya hilang dan tidak tahu mengenai kejadian sebenar yang menimpa Nurul Nadirah, 5, atau lebih mesra disapa Dirang.
"Mohd. Hafis cakap dengan saya jangan menangis nanti Dirang balik. Kata-kata itu membuatkan saya lebih sedih kerana dia masih tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas adiknya," cerita Roselyn.
Haa.. oleh kerana Modh Hafis masih tidak dapat menerima berita kematian Nurul Nadirah atau Dirang, maka baginya Dirang masih hidup dan masih hilang. Apa2  pun aku berharap keluarga Dirang bersabar dan terima hakikat ini adalah ketentuan Ilahi.. Ada hikmah di sebalik kejadian Dirang atau Nurul Nadirah dibunuh kejam sebegitu...

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!