BERSIH 3.0 TAK RELEVAN

Posted in 04 April, 2012
by wan_cikgumuzik

BERSIH 3.0 TAK RELEVAN | Wahai rakyat malaysia... sikit-sikit demo... sikit-sikit demo.. Kali nih BERSIH 3.0 plak kan?? Semua sedia maklum agenda utama pakatan pembangkang nak adakan bersih 3.0 nih kan.. Kenape ada lagi yang harus menyokong?? Ke mana otak korang yang bijak nihh??

Kepada korang yang tak nak pergi ke perhimpunan BERSIH 3.0 nih bukannya takdak telo.. Tapi sebab sayangkan negara.. Sayangkan keamanan... Buat apa nak timbulkan keadaan huru hara? kenapa?? Sebab masing2 nak tunjuk kuasa rakyat?? hey..!! kuasa rakyat bukan pada perhimpunan... Kuasa korang pada kertas undi.. 


BERSIH 3.0 tidak releven kerana perhimpunan sebegini bukannya budaya kita rakyat malaysia... Kenapa pihak penganjur nak melanggar budaya kita sebagai orang Malaysia?? Sebab kuasa?? Sebab gila pangkat? Sebab gila nak jadi Perdana Menteri? Alamakkk... Sanggup nak rosakkan imej negara semata2 kerana semua tuu kan??


Dalam slogan BERSIH 3.0 nih ada perkataan DUDUK BANTAH.. Errr.. adakah semua yang pergi tuu akan hanya duduk dan bantah sahaja?? Ataupun nak berarak dan menimbulkan kekecohan di KL sana tuh?? satu lagi mainan politik dengan memberikan slogan yg penuh penipuan.. Takkan laa semua yg pergi tuu hanya sekadar nak duduk jerr?? Hurmmmmm.. Kesian kan??


Wahai rakyat2 Malaysia yang nak pergi ke perhimpunan BERSIH 3.0 tuu nanti.. Sekali lagi aku nk nyatakan KORANG HANYA DIPERALATKAN OLEH PAKATAN PEMBANGKANG sahaja untuk merosakkan imej negara.. ITU AGENDA SEBENAR mereka.. Bukan tuntutan kedilan yag seperti dimaklumkan.. Takkan laa tak paham lagi??? Sila faham AGENDA UTAMA perhimpunan BERSIH 3.0 tuu nanti...


Korang2 yang nak turun ke perhimpunan BERSIH 3.0 nihh bagi aku sangat pengecut sebab nak buat berani beramai2.. tak berani nak buat sorang2.. Kalau tak puas hati, korang buat laa surat bantahan sorang demi sorang.. Ada bran?? setiap individu buat surat.. Tobat tak berani kan?? Buat laa 500 ribu surat bantahan kat kerajaan.. Rasanya tindakan mcm tuu lebih memberi keamanan kepada negara kot..


Akhir sekali, aku nak menyeru kepada rakyat Malaysia, hentikan BERSIH 3.0 dan jadikanlah BERSIH 2.0 sebagai iktibar dan jangan ulangi kesilapan.. Orang atasan rilek jerr depan TV tengok korang dok menggelabah dalam perhimpunan sambil tersenyum sinis.. So, aku harap sayangi negara Malaysia nih.. Jangan cemarkan nama baik negara.. Sila pandang ke timur.. Buang jerr budaya barat tuhh.. Aman Malaysia..


JOM LIKE FB FANPAGE BLOG INI... 

TAGS : PERHIMPUNAN BERSIH 3.0PAERHIMPUNAN BERSIH 3.0 DATARAN MERDEKA 2012PERHIMPUNAN BERSIH DI DATARAN MERDEKAGAMBAR PERHIMPUNAN BERSIH 3.0PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 DIBATALKANPAKATAN PEMBANGKANG PERHIMPUNAN BERSIH 3.0, BERSIH 3.0,