Forum Wacana Ilmiah IMaP - UMNO vs PAS

Posted in 16 April, 2012
by wan_cikgumuzik


ARAU 13 MAC 2012- Satu Forum telah diadakan di Dewan Sivik Arau anjuran Ikatan Mahasiswa Perlis IMaP. Antara ahli Panel yang hadir pada forum tersebut terdiri daripada dua wakil UMNO dan dua wakil PAS. Turut Menjadi ahli panel ialah dua orang pensyarah yang akan memberi pendapat dari sudut akedimik iaitu dari Universiti Malaya UM dan Universiti Malaysia Perlis UniMAP.

Ahli panel bagi pihak UMNO ialah Yang Berhormat Dato' Seri Shahidan Bin Kassim Timbalan Pengurusi UMNO Perlis dan Yang Berhormat Tuan Sabri Bin Ahmad yang mewakili Menteri Besar Perlis. Wakil daripada PAS pula Yang Berhormat Tuan Haji Hashim Jasin Pesuruhjaya PAS Perlis dan Tuan Haji Anuar Mohd Tahir Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis.

Forum yang dipengurusikan oleh Encik Muhammad Ikram Darus yang merupakan Presiden IMaP berjalan lancar dengan kehadiran ahli-ahli panel yang hebat dari parti politik yang mempunyai idiologi berbeza. Oleh yang demikian, berlaku perdebatan secara sihat oleh ahli-panel yang berdebat berdasarkan fakta dan fahaman masing-masing.

Antara tajuk utama perdebatan ialah berkaitan perpaduan sesama melayu. Kaum melayu yang kini berpecah akibat fahaman politik adalah sesuatu yang dibimbangkan kebelakangan ini. maka wakil UMNO menyeru agar PAS harus bersatu dengan UMNO untuk memperkasakan kekuatan Melayu di Malaysia. Namun Pemimpin PAS menyatakan matlamat Perpaduan masa kini tidak jelas.

Isu PAS bekerjasama dengan Pakatan Pembangkang juga dipersoalkan dan PAS harus bersatu dengan UMNO untuk perkasaan melayu di masa kini. Namun PAS secara terus terang menolak pelawaan UMNO untuk bersatu kerana menuduh UMNO hanya perlukan PAS apabila kedudukan UMNO sudah tidak kuat. Namun dakwaan tersebut agak meleset kerana kerusi Barisan Nasional yang dimenangi dalam pilihanraya 2008 adalah sebanyak 79 kerusi dan PAS hanya 23 kerusi.

Namun ketegangan yang berlaku dalam perdebatan disejukkan semula dengan hujah dari pakar akademik dari Universiti Malaya Dr. Zuhdi Marzuki dan  Encik Hazili dari Universiti Malaysia Perlis  yang  mengatakan bahawa semua pihak sentiasa melakukan kesalahan. Baik pembangkang, baik kerajaan. Masing-masing ada kelemahan yang perlu diperbaiki demi menjalinkan perpaduan yang utuh sesama melayu. -SUMBER

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!