PENGALAMAN AKU DI PARLIMEN MALAYSIA

Posted in 13 April, 2012
by wan_cikgumuzik

Ada apa dengan Parlimen Malaysia?? Haha.. Memang ramai yang tak tahu apa ada di dalam parlimen selain dari menggubal undang-undang Malaysia dan YB YB bermesyuarat dan meluahkan isi2 kandungan buku undang-undang dan macam2 lagi lah... Heheheehe.. Apa yang pasti aku rasa sangat beruntung kerana diberi kesempatan utk masuk ke dalam parlimen..

Haa... hansome tak aku?? kih kih kih... Nak buat mcm mana kan?? Terpaksa laa dress up mcm nih sebab nak masuk ke dalam Dewan Negara.. Buka setakat duduk kat ruang tetamu dalam Parlimen tuu jerr.. Kena laa menghormati Dewan Negara yang mulia tuh dengan berpakaian yang sopan kan?? So aku pon dengan berbesar hati melangkah masuk ke dalam Dewan negara berbekalkan camera nikon D3100 cikai aku tuh..
Aku ditempatkan sekali dengan wakil2 media dari pelbagai akhbar dan mereka membawak camera yang bapak2 punya besar dan mahal2 belaka... Kih kih kih.. Aku tanpa segan silu bawak kuar jugak camera DSLR Nikon D3100 aku tuhh... Selamber jerr dengan Kitlens 18-55 standart aku tuhh.. Semua wartawan yg hadir terpinga2 tengok aku dengan muka yg hairan.. Kih kih kih.. Ada aku kisah?? Depa tak taw aku pi tang tuu wat apa... ahahahhahaa..
Sebenarnya aku dilantik menjadi pegawai khas sementara kepada YB Senator Mohd Khalid Bin Ahmad (dua dari kiri) Untuk mengiringi beliau masuk ke dalam Dewan Negara untuk amik gambar majlis Angkat Sumpah Senator baru.. Nasib baik para wartawan dimaklumkan oleh pengawal2 Dewan Negara bahawa aku nih pengiring YB Senator.. So, depa tak lah jadi hairan lagi kenapa aku pakai DSLR murah masuk ke situ.. Kih kih kih.. Just amik private picture.. Bukan utk media.. Hehehehe..
Apa2 pun aku berterima kasih sangat kepada YB Senator Mohd Khalid bin Ahmad kerana memberi peluang kepada aku kerana  sudi membawa aku masuk ke tempat yang bukan semua orang boleh masuk... Pelbagai pengalaman baru yg aku dapat ketika di Parlimen haritu.. Dapat berjumpa dengan pemimpin2 ulung... Dapat jumpak orang2 besar.. Wahhh... Siap duduk semeja minum2 kat cafe dalam parlimen dengan pemimpin2 negara.. 


Antara yang paling best, perbualan pemimpin2 kita... Mereka sentiasa berbual tentang bagaimana nak majukan negara Malaysia... Semua berkaitan ekonomi dan Sosial negara Malaysia.. Semuanya fikirkan yang terbaik untuk rakyat... Mereka tak berbual kosong mcm rakyat yg selalu borak kosong kat FB mahupun kedai kopi.. Semua pemimpin berborak berdasarkan fakta dan bukan rekaan.. Dahsyat kan?? 


KORANG ADA???



JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!


TAGS : PARLIMEN MALAYSIA, DEWAN NEGARA PAELIMEN, PENGALAMAN DI DEWAN NEGARA, PENGALAMAN DI PARLIMEN MALAYSIA,