KUALA PERLIS 1 April 2012 - Kampung Belakang Kilang Kuala Perlis menjadi destinasi skuad Program Sembang-sembang Belia Negeri Perlis kali ini. Kehadiran Ahli Parlimen Kangar Dato' Seri Mohd Radzi bin Tan Sri Syeikh ahmad dan ADUN Kuala Perlis Yang Berhormat Tuan Mat Bin Hassan. Tidak ketinggalan juga Pengarah jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Tuan Haji Abd Haris Bin Ishak yang turut menjayakan majlis tersebut.
Majlis yang dihadiri seramai 370 tetamu sangat meriah dan diserikan lagi dengan tetamu-tetamu VIP yang hadir. Pelbagai acara telah diatur seperti pertandingan gusti lengan, pertandingan 'wood ball' dan acara sukaneka untuk kanak-kanak yang hadir. Para tetamu VIP juga tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan yang telah diatur.
Semangat kepimpinan Ahli Parlimen dan Yang Berhormat ADUN sangat memberi kesan kepada penduduk kampung apabila turut menyertai pertandingan gusti lengan yang sememangnya menghiburkan para tetamu yang hadir.
Majlis Program Sembang belia diakhiri dengan acara penyampaian hadiah sembangan Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Belia Negeri perlis. - SUMBER

Dalam ucapan Ahli Parlimen Dato' Seri Mohd Radzi, Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan majlis Sembang Belia tersebut. Ahli Parlimen juga memberi pesanan supaya para belia agar sentiasa mendengar cakap ibu bapa. Semua ibu bapa harus menjaga anak-anak sehabis baik kerana anak-anak adalah pelaburan masa hadapan.
Dato, Seri Mohd Radzi juga sentiasa membantu belia-belia Kuala Perlis dengan memberi peruntukan khas sebanyak RM500 kepada belia-belia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Instutusi Pengajian Tinggi. Kepimpinan dan kerja sama yang hebat oleh Yang Berhormat ADUN Membuatkan segala perancangan yang dibuat berjalan lancar.
Majlis Program Sembang belia diakhiri dengan acara penyampaian hadiah sembangan Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Belia Negeri perlis. - SUMBER
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
0 comments:
Post a Comment