Sembang Mesra Belia DUN Pauh

Posted in 11 April, 2012
by wan_cikgumuzik


Salam Satu Belia! Program Sembang-sembang Belia Negeri Perlis anjuran Jabatan Belia Negeri Perlis menerjah masuk ke Kawasan DUN Pauh pula. Kali ini program diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Pauh dan Dirasmikan oleh Yang Berhormat ADUN YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail.
Turut hadir bagi menjayakan program tersebut ialah Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Khalid Bin Ahmad, Ketua MIC Bahagian Arau Encik Govinda Samy dan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Tuan Haji Haris Bin Ishak.
Program yang berjalan dalam keadaan santai kali ini sangat menarik kerana aktiviti yang diadakan hanya aktiviti Sembang-sembang belia bersama pemimpin. Beberapa kumpulan dibuat dan diketuai oleh pemimpin-pemimpin yang hadir dan bersembang mesra dengan tetamu yang hadir.
Pelbagai hasrat dan cadangan dibualkan oleh belia-belia dengan pemimpin yang mengetuai kumpulan masing-masing. Ada yang kelihatan sirius berbincang, ada juga yang bersembang santai. Maka objektif Sembang-sembang Belia mencapai matlamat.
Pengarah Jabatan Belia Dan sukan Negeri Perlis juga tudak terlepas mengetuai kumpulan perbincangan bersama belia MIC dan pelbagai perkara yang dibincangkan teruatama sekali perkara berkaitan kemajuan belia MIC di negeri Perlis.
Semua belia yang hadir sangat berpuas hati dengan program yang diadakan kerana mereka semua dapat berinteraksi dalam keadaan santai bersama pemimpin-pemimpin yang hadir. Majlis tersebut diserikan lagi dengan acara Seafood BBQ untuk makan malam. -SUMBER

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!