VIDEO ADAM ADLI DIBELASAH PENDUDUK KERINCHI

Posted in 03 April, 2012
by wan_cikgumuzik

VIDEO ADAM ADLI DIBELASAH PENDUDUK KERINCHIPagi tadi penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi seramai 433 keluarga telah turun untuk menyaksikan bermulanya era baru dalam kehidupan mereka, kerana pembangunan rumah baru mereka akan bermula.


Tapi bila tiba di tapak, mereka disambut dengan ganas oleh samseng-samseng Pakatan Haprak yang dibawa oleh Nurul Izzah. Yang hairannya, kebanyakan samseng-samseng ini datangnya dari luar.
Pembangunan ini untuk orang Melayu yang tinggal di situ, tapi yang turun ialah samseng-samseng Cina dan India serta orang luar, bukannya orang tempatan.

Dan antara kepala samseng yang datang ialah Adam Adli dari Solidariti Mahasewel Malaysia. Adam Adli bukan orang tempatan Kg Kerinchi. Dia bukan orang Lembah Pantai.Dia bukan orang KL. Tapi mengapa dia turun buat kacau di sini?

Tak lain tak bukan kerana dapat arahan dari Nurul Izzah untuk menggagalkan program pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi. 

Menurut Adam Adli, dia dibelasah penduduk tempatan.

Tapi kalau kawan-kawan masih ingat, semasa dia merusuh di UPSI dulu, dia pernah buat kenyataan palsu ini.

Rakannya konon telah dibelasah sehingga nazak, tapi esoknya rakannya si Safwan, boleh pula tampil dengan gahnya untuk membuat kenyataan akhbar. 

Hai, orang nazak dah nak mati boleh baik dalam masa beberapa jam sahaja?

Nampak sangat Adam Adli ini kaki penipu, dan kerjanya hanyalah untuk turun di mana-mana tempat yang diarahkan, seterusnya buat kacau serta mengganggu ketenteraman awam. 

Sorilah Adam Adli, tembelang lu dah lama pecah!! -SUMBER

JOM KITA TENGOK VIDEO DI MANA ADAM ADLI DAN 3 RAKANNYA DIBELASAH PENDUDUK KERINCHI...


Hahaha.... ini lah videonya.. buat statement kena belasah sampai nazak.. wakluuu adam oii... 



JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!