DEKWAN HERO PERLIS SELAMAT DUA NYAWA AKAN TERIMA ANGUERAH YAYASAN POK KASSIM

Posted in 14 May, 2012
by wan_cikgumuzik

DEKWAN HERO PERLIS SELAMAT DUA NYAWA AKAN TERIMA ANGUERAH YAYASAN POK KASSIM | Pauh 4 Mei - "Saya akan berikan Anugerah Yayasan Pok Kassim (YPK) kepada dekwan yang menjadi 'hero' kerana sanggup bekorban nyawa demi menyelamatkan dua nyawa yang terperangkap di dalam sebuah kereta perdana selepas terhumban ke dalam sungai". Begitu lah salah satu pengumuman yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim dalam satu Program Gerakan Mesra Pemimpin Bersama Masyarakat di Pekan Pauh Perlis.

Dekwan telah diishtiharkan sebagai 'Hero Perlis' oleh YB Dato' seri  Shahidan Bin Kassim. Beliau memberikan pujian kepada dekwan kerana sikap tanggungjawab seorang insan yang sanggup bekorban nyawa demi menyelamatkan dua nyawa yang hampir mati lemas. Begitulah keberanian seorang belia di Perlis yang perlu dicontohi oleh semua belia-belia yang lain. 
Dekwan yang juga cucu kepada bekas Ahli Parlimen dan bekas Speaker DUN Perlis, Allahyarham Dato Shaari Jusoh mewarisi sikap bertanggungjawab arwah datuk beliau yag satu ketika dahulu merupakan seorang pemimpin UMNO yang hebat di Perlis. 'Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi', begitulah ungkapan yang perlu disebut sebgai sombolik kekuatan yang dimiliki dekwan.


Tahniah diucapkan kepada belia berani yang digelar 'Hero Perlis' kerana demi nyawa orang lain, anda sanggup korbankan nyawa anda sendiri. 



JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!