"LEBIH BAIK SAYA MATI DARI HIDUP MENYUSAHKAN ORANG..!!" -Dek Wan

Posted in 04 April, 2016
by wan_cikgumuzik

Siang tadi sempat ke PPUM Kuala Lumpur melawat beberapa pesakit bersama2 kumpulan NGO Kelab Kebajikan Dan Sukarelawan Sosial KELSS dan seorang aktivis bernama Natipah Abu atau kak pah yg cukup banyak berjasa dalam melakukan kerja2 amal dalam membantu mereka yg memerlukan. 

Saya tertarik dengan seorang pemuda yang berasal dari Pulau Langkawi Kedah berusia 20 tahun dengan panggilan dek wan yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya. 

pemuda yg kehilangan ibu pada usianya 15 tahun dan dan kehilangan bapanya pada usianya 17 tahun terpaksa menjadi yatim piatu dan menjadi tonggak utama tempat bergantung harap kepada tiga orang adik2nya yang masing2 masih dibangku sekolah.

Lebih malang lagi, pada usianya 19 tahun, dek Wan terlibat dengan satu kemalangan jalan raya yg menyebabkan dek wan LUMPUH dari bawah dada hingga ke kaki memyebabkan dek wan tidak dapat lagi bekerja dan mencari wang untuk membesarkan adik2nya. Akibat lumpuh yang dihadapi, semua deria rasa hilang bermula dari bawah dada hingga ke kaki.

Namun begitu, ada kalanya dek wan berputus asa dalam meneruskan hidup kerana merasa diri sudah tidak berguna lagi. "Apa lagi yang saya boleh buat dah lumpuh mcm ni..?? Baik saya mati saja.. Kalau hidup pun menyusahkan orang saja.." Luluh hati saya mendengar kata2 dek wan.. Bergenang air mata saya.. 
Walaupun kata2nya itu diucap dalam senyuman, tapi saya tahu jiwanya cukup meronta-ronta memikirkan adik-adik di rumah yang entah cukup makan atau tidak dan mcm mana adik2nya bersekolah selepas dijaga oleh saudara mara di kampung.. Semua perbelanjaan hanya mengharapkan esan JKM yg beri sorang RM100 kepada adik2nya.. 

Sempat saya bertanya, apa yang dek wan mahu untuk teruskan kehidupan dalam keadaan lumpuh begini.. apa yg dek wan nak sangat2..?? dalam senyum dekwan hanya jawab "saya mahu kerusi roda.." Pendek saja jawapan dek wan. saya taya kenapa mahu kerusi roda?? dekwan jawab "saya mahu jadi atlit paralimpik.. saya mahu bersukan dan cari duit untuk besarkan adik-adik saya''.
Ini lah kerusi roda yang diperlukan dek Wan dan kerusi ini yang paling diingini oleh dek Wan utuk meneruskan hidup. Untuk makluman, kerusi seperti di dalam gambar itu hanya PINJAMAN sementara kepada dek wan semasa di PPUM sahaja.. Selepas ini dah tak ada lagi kerusi ini selepas dek wan tamat sesi memulihkan penyakit lumpuh nya di PPUM.

Kerusi yang bernilai BELASAN RIBU RINGGIT  (dalam lingkungan RM13,000.00 ) ini memang sesuai dengan dek Wan yang lumpuh dari paras dada hingga ke kaki. Ini kerana jika memakai kerusi biasa, dek wan akan terlentang ke belakang kerana keseimbangan badan dek wan semasa duduk di kerusi biasa. "Saya pernah terlentang dan kepala terhempas ke lantai masa guna kerusi lama" sambil menunjukkna kerusi roda yang biasa dibekalkan di hospiital di sebelah katilnya.
Hanya kerusi ini sahaja PEMBAKAR SEMANGAT dek wan untuk teruskan survive hidup membesarkan adik2nya yg masih dibangku sekolah. Saya tidak berjanji untuk belikan kerusi ini kepada dek wan, tetapi saya akan cuba berusaha mencari penyumbang2 yang ingin bersama-sama saya menyumbang sedikit wang untuk membeli kerusi roda kepada dek Wan. Insyaallah kalau kumpul sorang sikit, cukup lah nanti.

Apa guna harta yang banyak jika tiada langsung rasa simpati kepada mereka yang memerlukan.. Hulurkan bantuan kepada dek Wan yang memang sangat memerlukan kerusi roda ini.. Kepada yang berminat untuk menyumbang, boleh kontek saya untuk berurusan.. Boleh whatsaap/sms atau call saya terus utk pertnyaan lanjut.

Nama  : Izwan ismail
fb : Izwan DadyCool
No tel : 019 372 5171

Segala sumbangan anda saya akan terima sehingga cukup dana yang saya ingin kumpulkan.. Siapa cepat, dia dapat.. saya akan hentikan kutipan setelah dana mencukupi.. 

p/s : semua ini adalah ikhtiar peribadi saya dan tiada kaitan dengan mana2 agensi atau NGO di Malaysia... Insyaallah bersama2 lah kita bantu remaja ini.