iklan berbayar peniaga dari Malaysia sokonglah mereka..!! JOM TERJAH BLOG MEREKA..!!

Promo Blog

"LEBIH BAIK SAYA MATI DARI HIDUP MENYUSAHKAN ORANG..!!" -Dek Wan

Posted in 04 April, 2016
by wan_cikgumuzik

Siang tadi sempat ke PPUM Kuala Lumpur melawat beberapa pesakit bersama2 kumpulan NGO Kelab Kebajikan Dan Sukarelawan Sosial KELSS dan seorang aktivis bernama Natipah Abu atau kak pah yg cukup banyak berjasa dalam melakukan kerja2 amal dalam membantu mereka yg memerlukan. 

Saya tertarik dengan seorang pemuda yang berasal dari Pulau Langkawi Kedah berusia 20 tahun dengan panggilan dek wan yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya. 

pemuda yg kehilangan ibu pada usianya 15 tahun dan dan kehilangan bapanya pada usianya 17 tahun terpaksa menjadi yatim piatu dan menjadi tonggak utama tempat bergantung harap kepada tiga orang adik2nya yang masing2 masih dibangku sekolah.

Lebih malang lagi, pada usianya 19 tahun, dek Wan terlibat dengan satu kemalangan jalan raya yg menyebabkan dek wan LUMPUH dari bawah dada hingga ke kaki memyebabkan dek wan tidak dapat lagi bekerja dan mencari wang untuk membesarkan adik2nya. Akibat lumpuh yang dihadapi, semua deria rasa hilang bermula dari bawah dada hingga ke kaki.

Namun begitu, ada kalanya dek wan berputus asa dalam meneruskan hidup kerana merasa diri sudah tidak berguna lagi. "Apa lagi yang saya boleh buat dah lumpuh mcm ni..?? Baik saya mati saja.. Kalau hidup pun menyusahkan orang saja.." Luluh hati saya mendengar kata2 dek wan.. Bergenang air mata saya.. 
Walaupun kata2nya itu diucap dalam senyuman, tapi saya tahu jiwanya cukup meronta-ronta memikirkan adik-adik di rumah yang entah cukup makan atau tidak dan mcm mana adik2nya bersekolah selepas dijaga oleh saudara mara di kampung.. Semua perbelanjaan hanya mengharapkan esan JKM yg beri sorang RM100 kepada adik2nya.. 

Sempat saya bertanya, apa yang dek wan mahu untuk teruskan kehidupan dalam keadaan lumpuh begini.. apa yg dek wan nak sangat2..?? dalam senyum dekwan hanya jawab "saya mahu kerusi roda.." Pendek saja jawapan dek wan. saya taya kenapa mahu kerusi roda?? dekwan jawab "saya mahu jadi atlit paralimpik.. saya mahu bersukan dan cari duit untuk besarkan adik-adik saya''.
Ini lah kerusi roda yang diperlukan dek Wan dan kerusi ini yang paling diingini oleh dek Wan utuk meneruskan hidup. Untuk makluman, kerusi seperti di dalam gambar itu hanya PINJAMAN sementara kepada dek wan semasa di PPUM sahaja.. Selepas ini dah tak ada lagi kerusi ini selepas dek wan tamat sesi memulihkan penyakit lumpuh nya di PPUM.

Kerusi yang bernilai BELASAN RIBU RINGGIT  (dalam lingkungan RM13,000.00 ) ini memang sesuai dengan dek Wan yang lumpuh dari paras dada hingga ke kaki. Ini kerana jika memakai kerusi biasa, dek wan akan terlentang ke belakang kerana keseimbangan badan dek wan semasa duduk di kerusi biasa. "Saya pernah terlentang dan kepala terhempas ke lantai masa guna kerusi lama" sambil menunjukkna kerusi roda yang biasa dibekalkan di hospiital di sebelah katilnya.
Hanya kerusi ini sahaja PEMBAKAR SEMANGAT dek wan untuk teruskan survive hidup membesarkan adik2nya yg masih dibangku sekolah. Saya tidak berjanji untuk belikan kerusi ini kepada dek wan, tetapi saya akan cuba berusaha mencari penyumbang2 yang ingin bersama-sama saya menyumbang sedikit wang untuk membeli kerusi roda kepada dek Wan. Insyaallah kalau kumpul sorang sikit, cukup lah nanti.

Apa guna harta yang banyak jika tiada langsung rasa simpati kepada mereka yang memerlukan.. Hulurkan bantuan kepada dek Wan yang memang sangat memerlukan kerusi roda ini.. Kepada yang berminat untuk menyumbang, boleh kontek saya untuk berurusan.. Boleh whatsaap/sms atau call saya terus utk pertnyaan lanjut.

Nama  : Izwan ismail
fb : Izwan DadyCool
No tel : 019 372 5171

Segala sumbangan anda saya akan terima sehingga cukup dana yang saya ingin kumpulkan.. Siapa cepat, dia dapat.. saya akan hentikan kutipan setelah dana mencukupi.. 

p/s : semua ini adalah ikhtiar peribadi saya dan tiada kaitan dengan mana2 agensi atau NGO di Malaysia... Insyaallah bersama2 lah kita bantu remaja ini.

Read more

WANG YANG BANYAK TIDAK BOLEH BELI CINTA

Posted in 12 January, 2016
by wan_cikgumuzik

Duit banyak leh bawa bahagia kaa? noo lahh... Tahu kan bahagia tu datang dari mana?? walaupun ianya hanya subjektif.. namun ianya sangat penting dalam hidup utk merasa BAHAGIA tuhh..

Tahu tak bahawa dengan wang yang banyak kita tak akan boleh beli CINTA..?? Hahahahha... Yes.. Wang banyak hanya boleh beli wanita sahaja... Berapa ramai wanita pun boleh dibeli.. Namun.. Bukan Bahagia yg kita akan perolehi.. Yaa... Mungkin kita hanya peroleh KEGEMBIRAAN sahaja... Tapi apa guna gembira kalau tak bahagia??

Cuba renung2 kembali apa beza gembira dan bahagia.. Banyak bezanya kan???  Bahagia adalah sebuah perasaan yg kita hanya dapat rasa di dalam jiwa sanubari kita sebagai manusia kann.. Gembira pula adalah sesuatu yg membuatkan kita ketawa dan ianya boleh nampak jika kita gembira..

Wang yang banyak belum tentu boleh buat kita Bahagia dan mungkin hanya boleh buat kita gembira sahaja... Di mana kebahagiaan tuu?? Bagaimana mahu cari?? Adakah boleh dibeli dengan wang yang banyak tuu???

Jawabnya TIDAK..!! Hanya cinta sahaja yang akan beri bahagia... dan sudah pasti CINTA TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG yang banyak... Jika kita mendapat cinta dari wang yang banyak.. Sudah pasti cinta itu hanyalah PALSU semata2... Jadinya.. Kenali lah betul2 orang yg kamu harapkan untuk memberi cinta kepada kamu secara Percuma... 

Bahagia dalam kepuraan juga banyak terjadi apabila segalanya kerana wang... Dan ianya sudah pasti menampakkan sesuatu yang menggembirakan.. Namun.. Itu semua hanyalah DUSTA belaka.. sudah tiada ikhlas di jiwa hanya kerana kepuraan bahagia demi sebuah objek yang bernama WANG..!!

Pesan aku... Yang punya wang banyak...Cari lah jalan utk kecap bahagia.. Ini kerana bahagia hanya untuk Cinta.. Gembira terdapat di mana-mana... Carilah cinta yg bahagia.. Lupakan gembira yang hanya berpura-pura.. 

okbai...

Read more

INI CERITA TENTANG KATA HATI...!!!

Posted in 16 December, 2015
by wan_cikgumuzik

gambar sekadar hiasan :P
Tadi dah tido.. Tiba2 terjaga... Kemudian tak dapat tido pulak... Dalam memikirkan pelbagai aturcara hidup  yg perlu ditempuh, akhirnya semua jawapan terletak pada KATA HATI dan keputusan itu lah yang paling tepat..!!

Bagi kita memang lah tepat tetapi bukan bagi orang lain.. Pada masa tuu, maka timbul lah satu lagi perkara iaitu MENGHORMATI APA KATA HATI org lain dan jangan cuba nafikannya kerana itu adalah hak milik peribadi dan JANGAN cuba disuruh untuk mengubah keputusan itu.

Kadang2 ada jugak kata hati yang tak terluah dan kena simpan rapat-rapat sehinggakan menunggu apa yg dikata pada hati terlaksana dengan sendirinya. Tunggu dengan penuh sabar dan nekad penuh yakin ianya akan terjadi.

Walaupun kadang kala kata hati kita nih BUKANNYA BETUL sangat pun, tetapi itu adalah ketentuan dan berbalik kepada takdir.. Jangan salahkan mereka yg menentang kata hati kita kerana mereka juga akur dengan apa yg dikata dari hati kita.. 

Sebenarnya kalau ditelek semula, tak pernah ada pun yang betul dalam hidup kita nih.. Kadang2 berlagak betul semata2 kerana ego atau tak mahu merendahkan diri.. Tak apa.. Akur saja lah kerana yang pasti, itu lah ketentuannya.. Sekali lagi berbalik kepada takdir....

Siapa yang mampu memaksa kita ubah kata hati kita?? Panggil lah PM Najib atau Ds Rosmah sekalipun menyuruh kita ubah kata hati kita, JANGAN MIMPI lah kita nak ikut.. Yaaa... Mungkin kita boleh mengangguk setuju apabila dinasihati atau disuruh.. Tapi mereka mampu kah menghalang apa yg diputuskan oleh kata hati kita nih??

Sangat SUBJEKTIF kan perkara2 yang aku tulis tuuu kan??? Ada yang nak bantah?? Ada yang nak menghalang?? HAHAHAHAHAHAHA.. Aku gelak saja lah... Siapa kamu yang mampu nak ubah kata hati aku?? Nampak tak permainan dia di situ?? Ini lah bertapa subjektifnya bicara aku pada kali ini..

Opssss.. Sebenarnya panjang lagi aku nak tulis... Tapi tiba2 mata rasa nantokk balik plak.. Esok2 lah aku sambung yerr... Kipidap lah yerr.. Jangan Biarkan Hati Anda Terluka Banyak kali.. 

sekian... 

Read more

RAKAN-RAKAN BLOGGER WANCIKGUMUZIK MOHON BACA..!! PENTING..!!

Posted in 12 December, 2015
by wan_cikgumuzik

PENTINGGG...!!! Kawan2 lama blogger wancikgumuzik dijemput..!! Ada benda penting yang mahu disampaikan..!!! 

Kepada semua blogger2 yang kenal aku sejak 2008-2011.. Aku mohon nak comeback balik ngan korang semua.. Aku mencari semua yg pernah rapat ngan aku di alam blog dan rapat seperti saudara walaupun hanya di alam maya sahaja... Tak kisah lah samada hangpa semua masih aktif atau dah berhenti berblog.. Kita cuba satukan semula kumpulan kita..!!!

Atau mungkin hangpa semua dah ada komuniti sendiri yang mana aku tak tahu.. Mohon invite aku.. Hati nih dah terbuka utk menulis semula sebagai blogger yang macam 5-6 tahun lepas.. Tak tahu kenapa hati ni tiba2 terusik nak menulis semula.. Rasa mcm perang blog nak dimulakan balik jaa nih..!!

Ok.. Aku juga berbesar hati nak jemput newbie2 yang baru dalam arena blog utk togeder-gader bersama aku.. Tak kisah lah anak buah ben ashaari ka.. abgteror kaa.. ammboi kaa... mai kita gader2 sama2... 

Aku nak bukak satu GROUP WHATSAPP dahulu utk permulaan.. Dan hangpa boleh terus whatsapp aku dengan kata laluan "NAK JOIN GROUP BLOGGER" sahaja... Kemudian kenalkan nama blog dan aku akan masukkan ke dalam group tersebut,. Simple kan?? Nih no tepon aku 019 3725171.. 

Ok gais.. Apa2 pun.. Selamat kembali semula.. See you..!!

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!

Read more

ENTRI TERKINI BLOG WANCIKGUMUZIK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN BERBAYAR

nuff

Close

link pelangi

button follower

syer

stat tepi

lagi banyak yang menarik di sini FROM: OHBELOG & GENGCYBER..

entertainment

WAN_CIKGUMUZIK. Powered by Blogger.
Copyright 2011 @ wancikgumuzik