TIPS UNTUK JADI KONDUKTOR ORKESTRA - DATO' MOKHZANI ISMAIL | Tips bagi konduktor- nak bagi lebih2 saya tak pakar dalam kondukting cuma belajar salah sebuah matapelajaran dulu.: Pengkhusuan saya masa pelajar ialah piano dan gubahan . @ kena Apapun setakat nak share berdasarkan pengalaman oklah
Konduktor kena pandai baca skor. lagi bagus kalau konduktor boleh buat arrangement. Sebenarnya ada kondutor dia pakar dalam bidang kondukting tapi tidak belajar buat arrangement. Kebiasaannya classical konduktor lagu klasik mana ada nak betulkan note. Takda maknanya nak tukarkan Stravinsky punya note kerana kononya nak bagi play out sikit sesuai dgn zaman . Mau kena hentak dgn tubalah Ha ha. .Cuma dalam kontek klasik, konduktor akan tunjuk cara orkestra mainkan piece itu. Sebab tu dia ada visiting konduktor yang akan konduk berbagai lagu klasik mcm di MPO . Setiap konduktor mcm artislah dia ada gaya sendiri memimpin orkestra klasik. Sebab tu konduktor klasik layanan di VVIP.
Dulu lain lagi orkestra tak main tak dapat nak cek skor.skang ni lagi senanglah nak cek note melalui sibelius Cash on Delivery cuma walau boleh dgr semula untuk guide sahaja. Yg betulnya bila orkestra main live.Kdg arangement betul main tak betul , main betul aransemen tak betul.aranggement susah band tak bagus, aransemen senang band bagus dan mcm2 lah yang saya dah jumpa.
Walau sibelius tu akan main semua note yg kita tulis kena pike2lah buat gubahan - the actual timbre instrumentation, character dia lain. kalau dulu lagi tulisan muzik adalah seni, Tulisan Dato JO, Gus Steyn, Alfonso, Ooi Eow Jin Ruslan Imam, Jimmy Ali, saya dapat teka. Kdg kalau kita keluarkan dari library tengok tulisan mesti agak aransemen mesti OK. Tengok tulisan kenal orangnya. Sekarang ni semua sama. Sebelius atau Finale. Cuma dulu copyst ken apindahkan parts dari gubahan. Kalau gubahan tulisan cantik OK kalau gubahan note A dgn B pun nampak mcm sama, berat skitlah. Copyst pulak mcm Zainal Abidin, JS Hamzah, Zainon, Azmi, Ismail Manaf dll memang terkenal dgn tulisan yg cantik
Balik pada topik konduktor apabila aransemen selsai maka buatla homework. Setengah org suka jadi konduktor kerana glamor. Tapi kalau dia tak mampu cek skor maka janganlah lantik dia semata2 kerana dia baik dan tak suka marah .Ada musician suka konduktor yg baik2 yg kayuh je,Bunyi ABC dia peduli apa Ini cukup tak elok untukpeningkatan orkestra. Ada konduktor dia guna psikologi tackle pemain. “”Kau main bagus, kau tak main lagi bagus’” he he.
Balik pada konduktor , perlu diulang lagi mereka kena buat homework awal.chek skor. Dengarkan tempo, dengarkan character gubahan.walaupun skor telah dikaji tapi kdg kena betulkan chord. Ini perlu dibuat atau kalau tak mcmmana ditulis mcmtulah akan dimainkan. Kalau dapat musican yg cerdik dia akan bantu kita dalam bebrapa segi.
Kalau di RTM terkenal dgn potong skor. Maka dalam skor tu arrow dia mengalahkan Robin Hood. Kerana kdg skor 5 minit nak dipendekkan. Macam2lah. Konduktor kena berhadapan dgn situasi ini. Begitu juga key kenalah betul2 cari dulu. Kalau perlu buatlah 5 sharp. kalau tak perlu jadikan C major je…Kdg masa prektis lagu banyak flat atau sharp masa prektis OK tapi bila dimainkan dalam konsert konsentrasi akan hilang, percayalah dgn intonationnya tak betul kalau ilang konsentrasi.
Pokoknya jadi konduktor jiwa kena tenang walau dalam hati duq dak duq dak tapi buatlah muka selamba.Supaya oang tak tau kita takut.Bila takut lupa tempo lupa cue. Kota dah tak boleh kontrol keadaan.Konduktor dan pemian drum adalah tenaga penting yg akan jaga tempo supaya sentiasa constant sepanjang show. Kdg kita guna metronome , ini sgtlah digalakkan. Byk drummer yg suka lari tempo dan orkestra pasti goyang.
Konduktor juga kena Paham voicing. kang musican tanya tak reti nak jawab. Masa saya konduk MPO yg main violin A cakap note dia E Flat tapi note Violin 2 D. dah minor 2nd. Dia kata salah.ehh Saya cakap korang dgr note org sebelah je, konduktor dgr as a whole.
Selalu kita praktis dgn muzik dulu satu hari baru lah panggil penyanyi. Konduktor juga perlu buat perancangan jadual. Satu lagu berapa lama nak tumpu. Bila ada penyanyi kita kena buat jadual supaya mereka tahu time mana nak prektis.Masa tak terbuang
Satu lagi kena bgtau arranger aransemen kena ada rehearsal letter. Sebab masa rehearsal kita senang berkomunikasi dgn oemuzik. Satu lagi kalaulah masa show penyanyi salah. Jadi konduktor hanya bagitau orkestra perlu lompat dekat mana2 rehearsal letter. Kalau tak ke laut semua perginya. Akhrnya Codapun tak jumpa. Begitu juga di piano skor perlu sangat ada melodi guide . Kdg tak bole janji. Time dia nak jadi. Penyanyi lupa lagu dia sendiri jadi tugas pemain piano mengingatkan.Bukan ..ahh mampuslah engkau…kerana salah penynayi atau orkestra maka show tu buang duit buang tenaga.
Sebenarnya kalau kena dgn orkestra amatur banyak benda nak kena jaga. Apapun sesuaikan skor penggubah dgn orkestra yg nak dimain. Tak guna tulis standard Duke Ellington sedangkan yang nak main tu Brass Band Sekolah Kubang Badak (contohlah..)
kalau konduk jazz punya concert banyak kerja lagi. Masa pemain solo kena peka, kena tau mana dia main sebenarnya kdg dia lompat ke mana2 letter yg dia nak, dia akan cue tapi kdg cue dia tak clear.maka kita kena berjaga2. Kdg kalau penyanyi atau soloist tak masuk tangungjawab konduktor nak menentukan apa tindakan. Oihh banyak kerja tu..
Pengalaman konduk MPO dgn Chris Botti adalah yang terbaik dalam sejarah saya.
MPO memang profesional tapi tak krang dgn ORTM atau OSK cuma kalau boleh diterapkan sedikit ke orkestra kita iaitu sebelum konduktor muncul tunekan alatan dahulu. Cuma ini jarang berlaku, konduktor di orkestra kita kdg tidak begitu dihormati tapi kdg2 konduktor sendiripun tidak berpgethauna tinggi dan kdg pemuziknya lagi hebat.
Kita tidak punya mahligai seindah Dewan Philharmonik atai Istana Budaya. Selain Aud Perdana, ‘feelharmonik’kita iallah stadium badminton Dewan kampung, tinggal belum perform kat dewan madrasah saja. Apapun the Art of Orchestra Performance di ORTM memang sangat unik.
saya rasa tidak pernah berlaku pada orkestra lain mungkin ada tapi tak sekerap kita. Bayangkan Konsert ORTM di adakan di Dewan Orang Ramai di Perlis atau di tepi tasik Putrajaya masa Simfoni Putrajaya . Orang tengok indah di TV. Behind the scene di lokasi sebenarnya Dalam masa 10 hari bekerja tung tang tung tang.didirikan pentas , pasang lampu, pasang barang. Cukup 3 hari sebelum hari konsert orkestra ,masuk dan tersedia di depan 15 ke 18 lagu yang beranika jenis dari Seri Manjung ke April in Spain dari Bunga Tanjung ke Take the A Train….
Time tu baru nak ajar chord C7 8 Sharp 11 memang cari penyakit. Mcmmana nak baca triplet itu semua sepatutnya dah khatam. Apapun konduktor ORTM yang ditugaskan untuk konsert sebegini, kalau chek BP sah masuk wad. Jadi dinasihatkan mereka yang ada sejarah jantung jauhikan lah konduk Orkestra RTM kerana setakat yang kita lalu jarang2 arrangemennya siap on time. Panas2 lagi part baru keluar komputer. Itulah cabaran, itulah yang mendewasakan kami, seninya Orkestra RTM… SUMBER
perghhh tips konduktor okestra pun kau share :) mcam2 ada :P